Now Reading
L’Oréal Paris Bawa MELASYL Menerusi Acara “House of Science”

L’Oréal Paris Bawa MELASYL Menerusi Acara “House of Science”

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 77% tompokan hitam dalam masa 8 minggu, MELASYL berfungsi dengan berkesan merencat pembentukan tompokan hitam jauh di dalam kulit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


L’Oréal Paris dengan bangga memperkenalkan inovasi terbaharunya, Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum yang telah diformulasi semula dan kini menampilkan ramuan rintis MELASYL™, dalam satu acara istimewa di Sunway Pyramid.

Acara selama seminggu ini menyerlahkan komitmen L’Oréal Paris terhadap inovasi kecantikan, mempamerkan bagaimana kemajuan inovatif mampu memperkasakan individu untuk meraikan keunikan diri mereka.

Berlangsung sehingga 20 Oktober 2024 di Orange Atrium, Sunway Pyramid, acara ini mempelawa anda untuk meneroka dunia kecantikan berinovasi.

MELASYL™ Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum.

Serum Glycolic Bright Anti-Dark Spot yang dipertingkatkan ini menggunakan MELASYL™, ramuan revolusioner hasil kajian selama lebih 18 tahun.

Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 77% tompokan hitam dalam masa 8 minggu, MELASYL™ berfungsi dengan berkesan merencat pembentukan tompokan hitam jauh di dalam kulit. Formulasi inovatif ini turut menggabungkan kebaikan niasinamida, terkenal dengan sifat anti-keradangannya, bersama **asid glikolik

Hasil penggunaan MELASYL™ Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum membuktikan keberkesanannya dalam menangani pelbagai masalah pigmentasi, termasuk kesan jerawat, tompok penuaan, dan kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Pengguna melaporkan penambahbaikan ketara, dengan tompokan hitam semakin pudar dan kulit kelihatan lebih cerah dalam tempoh hanya satu minggu.

Menjelang minggu keempat, ramai pengguna menyaksikan pengurangan ketara dalam tompokan hitam dan tona kulit yang lebih sekata. Serum ini memiliki tekstur ringan dan mudah meresap, memberikan kelembapan optimum, menjadikan kulit kelihatan lebih terhidrat, segar, dan berseri.

“L’Oréal Paris komited untuk memperkenalkan solusi inovatif berasaskan sains bagi mencetuskan impak bermakna.

“Pembangunan MELASYL™ adalah hasil kajian mendalam yang mengambil masa bertahun-tahun, demi menangani salah satu masalah kulit yang paling lazim—tompokan hitam.

“Matlamat kami adalah untuk membantu individu tampil yakin dengan kecantikan unik mereka, dan menunjukkan bahawa mereka boleh memiliki kulit yang cantik dengan tona sekata,” ujar Dr. Richard Betts, Pengarah Saintifik L’Oréal Paris SAPMENA.

L’Oréal Paris House of Science.

Acara L’Oréal Paris House of Science memberikan peluang kepada orang ramai untuk menyertai pameran interaktif, menyaksikan demonstrasi secara langsung, dan mendengar panel perbincangan bersama pakar serta peminat penjagaan kulit terkemuka.

Mereka membincangkan tentang MELASYL™, termasuk mitos yang berkaitan serta solusi moden dalam penjagaan kulit. Pengunjung berpeluang memahami sains di sebalik ramuan ini dan melihat sendiri bagaimana inovasi L’Oréal Paris menetapkan penanda aras baharu dalam industri kecantikan.

“MELASYL™ bukan sahaja mencerminkan inovasi terkini kami, tetapi juga memperkukuhkan komitmen untuk memperkasakan individu dengan solusi yang efektif dan mudah diakses.

“Menerusi MELASYL™, kami ingin menyuntik keyakinan dengan memberikan hasil yang boleh dinikmati oleh semua, kerana kecantikan harus bersifat inklusif dan sejajar dengan slogan kami, ‘because you’re worth it’,” jelas Jaren Ong, Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris Malaysia-Singapura.

MELASYL.

Keberkesanan MELASYL™ disokong oleh ujian klinikal yang teliti, menunjukkan pengurangan 77% tompokan hitam dalam kalangan pengguna dari pelbagai tona kulit warga Asia.

Lebih menarik, 97% pengguna bersetuju bahawa kulit mereka kelihatan lebih cerah, manakala 94% melaporkan pengurangan tompokan hitam selepas penggunaan konsisten.

Serum ini juga tidak bersifat komedogenik, tidak melekit, dan sesuai untuk kulit sensitif, memastikan setiap individu dapat merasai manfaatnya tanpa masalah kerengsaan.

Acara House of Science turut disertai oleh peneraju industri, wakil media yang bersama-sama meraikan era baharu dalam inovasi penjagaan kulit.

Berlangsung sehingga 20 Oktober 2024 di Orange Atrium, Sunway Pyramid, acara ini mempelawa anda untuk meneroka dunia kecantikan berinovasi. Temui sains di sebalik MELASYL™ dan ikuti perjalanan kecantikan bersama L’Oréal Paris!

Produk L’Oréal Paris Glycolic Bright [Melasyl™ + Glycolic + Niacinamide] Face Serum kini boleh didapati di platform Shopee, Lazada, TikTok Shop, serta di Watsons, Guardian, Caring Pharmacy, dan AEON Wellness di seluruh Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd