Rabanne Tampil Dengan Wangian Terbaharu: Million Gold & Million Gold For Her
Rabanne kini boleh didapati di AEON, Isetan, Parkson, Sogo, Seibu, Sephora, dan ZALORA.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Million Gold, diinspirasikan oleh 1 Million Eau de Toilette ikonik, merupakan Eau de Parfum yang lebih ‘intense’ dengan haruman meraikan keunggulan maskulin. Botolnya dicipta dengan reka bentuk emas legenda 1 Million, dilengkapi pautan XL ikonik yang mengimbas sejarah kaya La Maison.
Kombinasi sensual kayu cendana dan cedarwood segar diperkaya dengan mandarin ikonik dari 1 Million.
Million Gold For Her.
Million Gold For Her pula menandakan permulaan alam haruman visioner. Botolnya yang anggun dan bergaya direka dengan potongan pelbagai aspek, lengkap dengan pautan XL ikonik.
Kombinasi antara bunga mawar yang berkilauan, bunga putih, dan musk aromatic masin mekar dengan top note eksklusif Lavender Oil dan Mandarin. Di tengahnya pula terdapat campuran Rose Oxide L, Ylang-Ylang, dan Jasmine- diakhiri dengan Mineral Moss Accord, Ecomusk R, dan Fairtrade Vanilla Bourbon Absolute.
Million Gold For Her adalah wangian yang berani dan sofistikated, dengan 90% ramuan semula jadi.
Rabanne kini boleh didapati di AEON, Isetan, Parkson, Sogo, Seibu, Sephora, dan ZALORA.
#MillionGold #MillionGoldforHer #RabanneParfums
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.