Now Reading
Skechers Perkenal Koleksi Terbaharu ‘Skechers Basketball’ Dengan 4 Variasi

Skechers Perkenal Koleksi Terbaharu ‘Skechers Basketball’ Dengan 4 Variasi

Koleksi Skechers Basketball direka untuk memberikan keselesaan, kestabilan, dan respons terbaik di gelanggang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Skechers, syarikat Comfort Technology™ dan peneraju global dalam kasut gaya hidup dan prestasi dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbarunya, Skechers Basketball untuk lelaki.

Koleksi ini kini boleh didapati di Malaysia dalam empat variasi iaitu SKX League High™, SKX Nexus™, SKX Resagrip™, dan SKX Reign™ yang akan dijual di kedai pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Direka Dengan Teliti

Dalam dunia persaingan bola keranjang, setiap langkah, lompatan, dan pergerakan sangat penting. Skechers telah merancang dengan teliti kasut bola keranjang prestasi ini untuk memenuhi keperluan atlet, sama ada amatur atau profesional.

Menggabungkan teknologi terkini Skechers, kasut ini dilengkapi pelbagai ciri sokongan seperti plat TPU luaran untuk sokongan di bahagian tengah kaki, lilitan tengah kaki, sistem kilasan, dan ciri penguncian buku lali untuk memastikan kestabilan dan keselamatan semasa permainan yang intensif.

Skechers Jadi Penaja Kasut Rasmi Bagi Kelab Bola Keranjang Melaka

Bagi meraikan pelancaran ini, Skechers juga dengan sukacitanya mengumumkan peranannya sebagai ‘Penaja Kasut Rasmi’ bagi Kelab Bola Keranjang Melaka (MBC) (@mbc.bball.official).

Kelab MBC memulakan perjalanan mereka pada Oktober 2021 di bawah bimbingan bekas pemain kebangsaan, Guganeswaran Batumalai (@alwingucoachguga).

Dalam masa tiga tahun, MBC menjadi salah satu kelab bola keranjang yang terkenal di Malaysia dengan kemenangan dalam National U-23 Development League 2023 dan National U-20 Development League 2024.

Kerjasama ini tanda komitmen Skechers dalam menyokong bakat sukan tempatan.

Skechers Basketball.

Dengan reka bentuk moden dan bergaya, koleksi Skechers Basketball direka untuk memberikan keselesaan, kestabilan, dan respons terbaik di gelanggang.

Ciri-ciri utama yang terdapat dalam koleksi Skechers Basketball adalah:

  • Kusyen Dinamik: Semua model dilengkapi dengan sistem kusyen canggih—seperti HYPER BURST® atau 5-GEN® Foam—yang memberikan padding ringan, responsif, dan selesa untuk meningkatkan prestasi keseluruhan.
  • Rekaan Bernafas: Setiap model menggunakan bahan atas yang bernafas, sama ada mesh atau kulit berlubang, untuk memastikan keselesaan dan pengaliran udara semasa digunakan.

Skechers Basketball 3X3 di 1 Utama Shopping Centre.

Hari ini (19 September 2024), Skechers melancarkan koleksi Skechers Basketball dengan acara sulungnya, Kejohanan Skechers Basketball 3X3 di LG Oval, 1 Utama Shopping Centre.

Acara ini menampilkan perlawanan jemputan antara pemain MBC dari pasukan profesional tempatan dan pasukan Taylor’s Basketball (@taylors_basketball).

Peminat bola keranjang tempatan berumur antara 15 hingga 18 tahun turut bertanding dalam Kejohanan Skechers Basketball 3X3 yang bermula pada jam 6 petang.

Dari sekarang hingga 22 September, kejohanan ini akan diteruskan setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, di mana peserta akan bersaing untuk memenangi hadiah menarik termasuk kasut Skechers Basketball dan baucar produk bernilai sehingga RM1,600!

Koleksi Skechers Basketball dijual pada harga bermula RM359 dan kini boleh dibeli secara dalam talian di skechers.com dan di kedai-kedai konsep Skechers terpilih.

Sementara itu, SKX Reign™ akan tersedia di kedai-kedai seperti:

  • 1 Utama Shopping Centre.
  • Pavilion Bukit Jalil.
  • Pavilion Kuala Lumpur.
  • Sunway Pyramid.
  • Suria KLCC.
  • The Exchange TRX.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd