LG Malaysia Derma Air Purifier Bernilai RM200,000 Kepada Hospital Di Johor & Lembah Klang
Demi kesihatan rakyat, LG Malaysia telah mendermakan Penulen Udara LG PuriCare™ 360º ALPHA Pet dan LG PuriCare™ 360º Double Booster kepada beberapa hospital.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam usaha berterusannya untuk mencipta ‘Life’s Good’ untuk masyarakat setempat, LG Electronics Malaysia (LG Malaysia), jenama peralatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, telah memenuhi misi mereka menderma penulen udara tercanggih bernilai lebih daripada RM 200,000 kepada enam hospital di Johor dan Selangor.
Bersama-sama dengan bantuan Jabatan Kesihatan Johor dan Selangor serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, LG Malaysia berjaya mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, terutamanya dengan perkembangan kesedaran orang ramai tentang kepentingan udara bersih.
LG Derma Air Purifier LG PuriCare™ 360º ALPHA Pet dan LG PuriCare™ 360º Double Booster
Demi kesihatan rakyat, LG Malaysia telah mendermakan Penulen Udara LG PuriCare™ 360º ALPHA Pet dan LG PuriCare™ 360º Double Booster kepada beberapa hospital.
Di Selangor, hospital yang menerima penulen udara ini ialah Hospital Cyberjaya, Hospital Ampang dan Hospital Sultan Idris Shah Serdang, manakala di Johor, penerima termasuk Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat.
Mengulas lanjut, Justin Choi selaku Pengarah Urusan LG Malaysia berkata, “Pendermaan penulen udara kepada hospital merupakan langkah yang sejajar dengan misi LG untuk mempertingkatkan kehidupan rakyat kerana bukan sahaja ia dapat membersihkan udara, ia juga dapat mengekalkan kesihatan awam.
“Walaupun ancaman pandemik berkurangan, kepentingan udara bersih kekal penting untuk kesihatan setiap orang.
“Hospital adalah kawasan yang dikunjungi ramai setiap hari, dan kami tidak boleh mengabaikan keperluan untuk udara bersih dalam persekitaran yang penting ini, kerana Life’s Good menjangkau ke tempat awam di mana khalayak ramai sepatutnya berasa sihat dan selamat dengan udara yang bersih.”
Demi Wujudkan Udara Bersih & Selawat
Justin turut menekankan bahawa dengan teknologi progresif yang terkandung dalam penulen udara LG, ia boleh menghapuskan kebanyakan bakteria sambil meneutralkan bahan bawaan udara berbahaya yang tersebar di hospital untuk mewujudkan udara bersih dan selamat untuk kesihatan dan ketenangan orang ramai.
“Kami sangat menghargai sokongan yang diterima daripada Jabatan Kesihatan Johor dan Selangor serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia membolehkan kami memenuhi misi kami untuk menyampaikan Life’s Good kepada orang ramai, terutamanya dalam usaha mereka untuk mengenal pasti hospital yang paling memerlukan penulen udara.
“Kami yakin bahawa penulen udara kami dapat memastikan kualiti udara terbaik untuk kesihatan pesakit dan kakitangan penjagaan kesihatan di lokasi kritikal seperti hospital.
“Kami akan terus berusaha untuk menyampaikan semangat ‘Life’s Good when we do good’ ke seluruh dunia melalui pengenalan produk LG secara berterusan.”