Now Reading
SMK Tinggi St. David Dinobat Johan DIY Made Simple 2024

SMK Tinggi St. David Dinobat Johan DIY Made Simple 2024

Untuk info, tema pertandingan DIY Made Simple 2024 adalah ‘Wonder Waste Creations: Paper and Plastic Edition’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (15 Ogos), SMK Tinggi St. David Bukit Baru, Melaka telah dinobatkan sebagai johan pertandingan DIY Made Simple 2024, mengatasi 590 penyertaan daripada 192 sekolah.

Tema pertandingan tahun ini iaitu ‘Wonder Waste Creations: Paper and Plastic Edition’ menyeru pelajar untuk mempertingkatkan kemudahan sekolah menggunakan kertas buangan dan bahan plastik dengan bijak.

Ia adalah penting untuk mengurangkan kos dan menggalakkan kelestarian alam sekitar.

Foto: Majlis penyampaian hadiah pertandingan DIY Made Simple 2024.

SMK Tinggi St. David yang tampil dengan rekaaan ‘Simple Shoe Cleaner 1.0’ iaitu produk pembersihan tapak kasut pelajar daripada kotoran dan rumput selepas kelas pendidikan jasmani.

Inovasi pintar dan kreatif ini dihasilkan daripada kepingan kertas mampat, epoksi, penutup botol yang dicairkan dan botol plastik. Ia membersihkan kekotoran dan rumput dengan mudah membolehkan pelajar memasuki bilik darjah dengan kasut yang bersih.

Foto: ‘Simple Shoe Cleaner 1.0’

‘DIY Made Simple’ ialah acara pertandingan tahunan yang berlangsung di seluruh negara anjuran syarikat peruncitan pembaikan rumah terbesar di Malaysia MR D.I.Y. Kumpulan [M] Berhad [MR D.I.Y.] dengan kerjasama Pusat Penglibatan Komuniti Universiti Malaya [UMCares] dan Fakulti Alam Bina UM.

Ia juga disokong oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan. Untuk tahun ini, cabang dermawan MR D.I.Y, Yayasan MR D.I.Y. menjadi rakan kongsi dalam inisiatif tersebut.


DIY Made Simple Berfungsi Untuk Hargai Proses Kitar Semula

Untuk info, majlis penyampaian hadiah diadakan di Auditorium Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata,”Kami percaya bahawa semangat kelestarian mesti diterapkan dalam diri anak muda Malaysia jika kita ingin menjaga planet kita untuk generasi akan datang.

“Matlamat kami menganjurkan pertandingan DIY Made Simple adalah untuk membina pemahaman yang kukuh dan mampan serta menghargai bagaimana proses pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula boleh memberi kesan positif pada persekitaran binaan yang berbeza terutamanya di sekolah, tempat kanak-kanak berbelanja.

“Kami amat berbangga dengan bagaimana program ini berkembang pesat sejak ia dilancarkan pada 2017. Kami percaya program ini akan mewujudkan kesan riak di seluruh negara, dan bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan positif.”

Sumber: Nur Hazwani/TRP

DIY Made Simple Dapat Cetus Kreativiti Pelajar

Pengarah Pusat Penglibatan Komuniti Universiti Malaya Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin yang memuji para peserta berkata, “DIY Made Simple ialah pertandingan unik yang memainkan peranan penting dalam mencetuskan kreativiti dan memupuk inovasi. Ia melengkapkan generasi muda dengan kemahiran dan kecekapan penting untuk berkembang maju dalam dunia global.”


Senarai Pemenang & Hadiah Diterima

Berikut adalah senarai sekolah yang memenangi pertandingan DIY Made Simple berserta dengan pulangan hadiah:

  • Juara: SMK Tinggi St David, Melaka – wang tunai RM4,000
  • Tempat ke-2: SMK St Peter Kudat (M), Kudat, Sabah – wang tunai RM3,000
  • Tempat ke-3: SMK Seri Panching, Kuantan, Pahang – wang tunai RM2,000
  • Tempat ke-4: SMK Merapok, Lawas, Sarawak – wang tunai RM1,000
  • Tempat ke-5: SMA Persekutuan Kajang, Kajang, Selangor – wang tunai RM500
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Setiap pasukan turut menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM300, sijil dan juga trofi.

Selain itu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan, Pahang, dan SMK Tinggi St. David masing-masing dianugerahkan wang tunai RM500 kerana mereka mempunyai video pertandingan paling disukai di laman YouTube dan TikTok.

Hadiah saguhati ‘Anugerah Insipirasi’ sebanyak RM300 dalam MR D.I.Y. baucar tunai, sijil dan trofi pula telah dianugerahkan kepada:

  • SMK St Mary, Limbahau, Papar, Sabah.
  • SMK Kunak Jaya, Kunak, Sabah.
  • SMK Tasek Utara, Johor Bharu, Johor.
  • SMK Shahbandaraya, Klang, Selangor.
  • SMJK Phor Tay, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
  • SMK Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang.
  • Kolej Vokasional Sepang, Dengkil, Selangor.
  • SMK Air Merah, Kulim, Kedah.
  • SMK Convent (M) Kajang, Selangor (2 pasukan).

Sejak dilancarkan pada 2017, pertandingan DIY Made Simple telah melibatkan lebih 6,200 pelajar dari 715 sekolah di seluruh negara, dengan 1,242 penyerahan projek setakat ini.

Pada tahun 2022, MR D.I.Y. mengumumkan bahawa ia akan meneruskan perkongsiannya dengan UM selama tiga tahun lagi bagi pertandingan tahun 2023 sehingga 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y. dan pertandingan DIY Made Simple, anda boleh layari laman web [DI SINI] dan media sosial : Facebook dan Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd