Now Reading
Dari Pentas ke Dunia Sebenar: L’Oréal Paris & KLFW Perkenal Tema Pemerkasaan ‘Walk Your Worth’

Dari Pentas ke Dunia Sebenar: L’Oréal Paris & KLFW Perkenal Tema Pemerkasaan ‘Walk Your Worth’

Kerjasama ini selaras dengan nilai-nilai yang dipegang oleh inisiatif ‘Women Of Worth’, di mana L’Oréal Paris dan KLFW komited untuk mencipta masa depan kecantikan dan fesyen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


L’Oréal Paris dengan bangganya meneruskan kerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 sebagai rakan kecantikan rasmi di belakang pentas, membawa tema pemerkasaan melalui acara ‘Walk Your Worth’.

Acara ini meraikan kekuatan, keyakinan, dan kepelbagaian dengan menampilkan 23 ‘Women Of Worth’ tahun ini, setiap seorang dengan kisah mereka yang mengagumkan.

Slogan ikonik L’Oréal Paris “Because You’re Worth It,” yang mula dilaungkan pada tahun 1971 dilihat secara terus menginspirasi wanita untuk menghargai kecantikan dan jati diri mereka.

Mesej ini bukan sahaja mengenai kecantikan luaran, tetapi juga keyakinan diri dan pemerkasaan wanita tanpa mengira usia dan latar belakang. L’Oréal Paris mahu setiap wanita percaya pada impian mereka dan sentiasa yakin dengan diri sendiri.

Untuk membawa misi ini ke dunia fesyen, L’Oréal Paris telah bekerjasama dengan KLFW, acara fesyen yang terkenal dengan pendekatan inovatif dan inklusif.

Kerjasama ini selaras dengan nilai-nilai yang dipegang oleh inisiatif ‘Women Of Worth’, di mana L’Oréal Paris dan KLFW komited untuk mencipta masa depan kecantikan dan fesyen yang penuh dengan kepelbagaian, inovasi, dan pemerkasaan.

Walk Your Worth

Dengan tema neo-fesyen 2024, L’Oréal Paris menggunakan platform ini untuk memberi nafas baru kepada kempen ‘Walk Your Worth’.

Sebagai rakan kecantikan rasmi, L’Oréal Paris akan memastikan setiap model dan peserta di KLFW mendapat sentuhan inovasi terkini dalam produk solekan, penjagaan kulit, dan rambut.

Usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh komitmen bersama dalam meraikan jati diri dan memperkasakan semua.

Dengan menggabungkan elemen tradisional dan inovasi moden, L’Oréal Paris dan KLFW ingin memberi inspirasi melalui kuasa fesyen dan kecantikan.

L’Oréal Paris dan KLFW terus menjalin usaha sama dan komited untuk meraikan kepelbagaian, inovasi, dan pemerkasaan. Acara peragaan ‘Walk Your Worth’ dan inisiatif ‘Women Of Worth’ berfungsi sebagai suar inspirasi, mengingatkan kita bahawa dengan menyedari dan meraikan jati diri masing-masing, ia akan mengorak haluan yang menjadikan kita sehati.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd