Now Reading
Pos Malaysia Perkenal EON Berhad Sebagai Rakan  Kerjasama Utama ‘Pos Malaysia Run 2024’

Pos Malaysia Perkenal EON Berhad Sebagai Rakan  Kerjasama Utama ‘Pos Malaysia Run 2024’

Pos Malaysia Run 2024 dijadualkan bermula pada pukul 6 pagi (Ahad, 29 September) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia  perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, pada hari ini telah mengumumkan sokongan  beberapa rakan kerjasama yang dihormati untuk ‘Pos Malaysia Run 2024’, acara larian  tandatangan yang pertama syarikat itu dijadualkan untuk berlangsung pada 29 September. 

EON Berhad, pengedar terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada beberapa  jenama kereta terkenal termasuk Proton, adalah rakan kerjasama utama acara tersebut. 

Turut memberikan sokongan kepada kejayaan acara larian sulung Pos Malaysia adalah jenama  isi rumah terkemuka seperti: 

  • Bank Muamalat – Rakan Perbankan
  • Cuckoo – Rakan Peralatan Rumah
  • Yinson Green Tech – Teknologi Hijau
  • Allianz Malaysia Berhad – Rakan  Insuran 
  • Spin – Rakan Pakaian  
  • Chek Hup – Rakan Uncang Kopi
  • Reebok – Rakan Jam Tangan
  • Pos Shop  
  • Pos Aviation  
  • SkyBlue Media – Rakan Media Luar Ruangan
  • Milo – Rakan Malt Coklat 
  • Nature Loop – Rakan Pingat 
  • Taman Tema Sunway 
  • Blood – Rakan Kesejahteraan 
  • Opack – Rakan Pembungkusan Makanan &  Minumam 
  • Perkeso – Rangkaian Strategik 
  • Mal – Komunikasi 

Bercakap pada acara untuk memperkenalkan barisan penaja dan rakan kerjasama awal pada hari ini, Fiona Liao Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos  Malaysia berkata, “Selepas bertahun-tahun memperjuangkan kehidupan sihat melalui perkongsian dalam beberapa acara larian dan kecergasan utama di Malaysia, kami sangat teruja untuk memimpin dalam menganjurkan larian perdana kami sendiri.

“Bertemakan ‘Jom Laju For Fun!’, larian yang akan datang ini bukan sahaja meraikan warisan Pos Malaysia, tetapi juga  mengukuhkan komitmen untuk membina komuniti dan kehidupan sihat dengan tumpuan  kepada tanggungjawab alam sekitar.

“Dan hari ini, kami sangat teruja kerana menerima sokongan besar daripada semua penaja dan  rakan kerjasama kami yang turut berkongsi impian dan misi kami untuk Pos Malaysia Run yang  julung kali diadakan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada setiap seorang  daripada mereka, terutamanya kepada rakan kerjasama utama kami EON. Dengan sokongan  dan kerjasama anda, kami yakin bahawa kami akan dapat meningkatkan acara itu dan  memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta.”

Akkbar Danial selaku Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, menyatakan semangatnya untuk  perkongsian itu berkata, “EON Berhad berbangga menjadi rakan kerjasama utama untuk Pos Malaysia Run 2024. Kerjasama ini selaras dengan komitmen kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.

“Semasa kami meraikan ulang  tahun ke-40 kami, bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk larian sulung mereka membolehkan kami menyumbang kepada usaha yang bukan sahaja menyokong kesejahteraan masyarakat tetapi juga menekankan kepentingan kelestarian.

“Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong acara ini dan menjadikannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta, mengukuhkan dedikasi bersama kami untuk memacu kemajuan dan membentuk masa depan  yang lebih baik.” 

Pos Malaysia Run 2024 dijadualkan bermula pada pukul 6 pagi (Ahad, 29  September) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Ia menampilkan tiga jarak – Fun Run (6.2KM +  Fun Zone), 10KM dan 15KM, dengan yuran penyertaan ditetapkan masing-masing pada RM75, RM80 dan RM85. 

Pendaftaran dibuka sehingga 29 Ogos melalui www.racexasia.com. Peserta yang berdaftar akan menerima pek perlumbaan yang mengandungi pilihan barangan acara dan barangan bernilai sehingga RM140.

Mengguna pakai pendekatan lebih hijau untuk larian, Pos Malaysia telah mengambil  langkah untuk menghasilkan tee larian menggunakan 100% bahan kitar semula.

Bagi mengurangkan pelepasan karbon, pek perlumbaan akan dihantar terus kepada peserta dalam pembungkusan mesra alam melalui kenderaan elektrik Pos Malaysia, sekali gus menghapuskan keperluan untuk memandu ke tempat pengumpulan perlumbaan.

Selain itu, pada hari acara itu basikal elektrik Pos Malaysia akan digunakan untuk marshal dan sokongan operasi. Semua peserta yang menamatkan larian mereka akan menerima pingat penyudah yang diperbuat daripada ikatan zip plastik dan logam kitar semula.

[POS MALAYSIA]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd