Now Reading
Tetr College Of Business Tawar Kaedah Pembelajaran Baru, Program Ijazah Global Yang Inovatif

Tetr College Of Business Tawar Kaedah Pembelajaran Baru, Program Ijazah Global Yang Inovatif

Pelajar di bawah Tetr College of Business berpeluang mengembara ke negara baharu setiap semester termasuk Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Itali, Perancis dan Brazil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tetr College of Business, berazam melahirkan generasi usahawan baharu yang dilengkapi kemahiran praktikal dan pengalaman global untuk membina perniagaan berjaya, melalui ijazah sarjana muda baharunya merangkumi penubuhan perniagaan sebenar di seluruh dunia.

Justeru, program ini dapat memenuhi kenaikan permintaan terhadap pengalaman sebenar berbanding kemahiran atau kelayakan asas.

Di samping itu, ia juga mengumumkan dana biasiswa pengambilan sekali yang terbesar di dunia, berjumlah USD 12 juta bagi menampung 60 biasiswa penuh untuk pengambilan musim luruh 2024. 


Tetr College of Business Ada Pengalaman Belajar Yang Imersif & Global

Tetr College of Business menyediakan pengalaman pembelajaran yang imersif dan global untuk pelajar, membolehkan mereka melanjutkan pengajian di institusi-institusi pendidikan terkemuka di tujuh negara sepanjang program ijazah selama empat tahun.

Di Tetr, pelajar mempelajari konsep teori dan mengaplikasikannya dalam dunia sebenar dengan menubuhkan perniagaan sebenar semasa pengajian mereka.

Daripada perniagaan ‘dropshipping’ di Dubai, saluran penghasilan konten di Milan, usaha sosial di Ghana, perniagaan-perniagaan ini berdasarkan konteks geografi di tempat operasi mereka.


Tetr Kerjasama Dengan Universiti Terkemuka

Bagi mengukuhkan kecemerlangan akademik, Tetr telah bekerjasama dengan universiti-universiti terkemuka seperti SDA Bocconi (tempat ke-3 FT), NUS Singapore dan IIT yang bakal menempatkan para pelajar berkenaan.

Dengan menekankan pembelajaran berunsurkan praktikal dan bimbingan, majlis akademik berkenaan diketuai oleh barisan pendidik dan penasihat dari Harvard, Stanford dan MIT, serta pemimpin kanan dari Estee Lauder, American Express, Soft bank, NASA dan Goldman Sachs.

“Bagi bakal pelajar dari Malaysia, peningkatan minat dalam pembelajaran imersif adalah sejajar dengan hasrat negara untuk mengukuhkan kedudukannya di pentas dunia.

“Tetr menawarkan pengalaman pembelajaran yang membolehkan pelajar mendalami pengalaman dan falsafah perniagaan daripada pelbagai budaya.

“Daripada kemeriahan Minggu Fesyen di Milan sehingga suasana mendebarkan di Grand Prix, Itali, pelajar dapat melihat dan mengalami sendiri perkara-perkara ini. Mereka akan belajar melalui aplikasi kehidupan sebenar, dan bukannya daripada penghafalan buku teks,” kata Profesor Kewangan Universiti Harvard, Dr. Viney Sawhney.

Foto: Tetr College of Business

Pencalonan Pemohon Melalui Ujian Berasaskan Permainan

Selari dengan komitmennya untuk menawarkan pengalaman pembelajaran imersif, Tetr menitikberatkan pencalonan pemohon iaitu melalui Ujian Tert (Tert Trial), yang merupakan ujian berasaskan permainan (45 minit) bagi menilai potensi calon-calon itu.

Kemudian, semua calon yang disenarai pendek akan dijemput ke satu sesi temu duga akhir bersama Majlis Akademik Tetr.

Selain itu, program berkenaan juga merangkumi Tetr Launchpad yang menawarkan sumber berharga untuk bakal usahawan, termasuk akses kepada kemudahan inkubasi dan pembiayaan daripada dana teroka sebanyak USD 1.6 juta.

Malah, ia turut merangkumi bimbingan daripada rangkaian yang terdiri daripada pemodal teroka, pengasas dan peneraju industri.


Pelajar Didedahkan Dengan Peniagaan Sebenar

Program tersebut berdasarkan model pendidikan Tetr dalam mempelajari berkaitan perniagaan melalui penubuhan perniagaan sebenar. Ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal dan pengalaman penting untuk berjaya dalam pasaran kerja hari ini dengan membangunkan asas akademik yang kukuh.

Pengalaman ini termasuk tetapi tidak terhad kepada berinteraksi dengan pelanggan sebenar, melancarkan kempen secara langsung, mengekalkan buku akaun, mengukuhkan konsep yang dipelajari di kuliah, mempromosikan kreativiti dan menawarkan pengalaman praktikal berdasarkan konteks geografi.

Kurikulum tersebut menekankan penghasilan kursus bersifat kontekstual, yang membolehkan pelajar mengembara ke seluruh dunia dan belajar daripada konteks tempatan.

Mereka berpeluang mengembara ke negara baharu setiap semester termasuk Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Itali, Perancis dan Brazil. Pelajar akan menghadiri kelas-kelas ini secara bersemuka dan mendapat pengalaman daripada pelbagai budaya global dan persekitaran perniagaan secara langsung.

Ini membantu memupuk pemahaman mereka tentang nuansa budaya dan mempersiapkan mereka untuk menjadi usahawan yang cakna situasi global, bagi menghadapi cabaran dan peluang dalam era pasca Kecerdasan Am Buatan (AGI).

Untuk maklumat lanjut tentang kursus, kemasukan dan biasiswa untuk pengambilan Musim Luruh 2024 yang bakal datang, sila layari [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd