Now Reading
University of Nottingham Malaysia Perkenal Kubah Bio Interaktif Untuk Pendidikan STEAM Di Malaysia

University of Nottingham Malaysia Perkenal Kubah Bio Interaktif Untuk Pendidikan STEAM Di Malaysia

Di STEAM Carnival, pelbagai bengkel interaktif telah diadakan di samping aktiviti-aktiviti booth oleh Fakulti Sains dan Kejuruteraan (FOSE) serta Fakulti Seni dan Sains Sosial (FASS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


University of Nottingham Malaysia (UNM) menyimpulkan satu lagi acara STEAM Carnival yang mendapat sambutan dan pujian meluas – menghimpunkan para penginovasi masa hadapan dan juga peneraju masa kini dalam sebuah acara yang dirumus untuk mempamerkan daya akal serta meraikan pelbagai cabang akademik.

Lebih 700 pelajar daripada 18 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam aneka bengkel, aktiviti, dan pameran dengan tema Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik (STEAM), berlangsung dari 22 April hingga 24 April 2024.

Acara ini telah dirasmikan oleh Profesor Sam Kingman, Provos Interim merangkap Ketua Pegawai Eksekutif di University of Nottingham Malaysia; Ts. Nik Naharudin bin Mohd Nasir, Pengarah, Bakat dan Keusahawanan Digital, Divisyen Pemacu Industri Digital di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); Joachim Rajaram, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat CelcomDigi; dan Martin Shelley, Pengetua Kampus di Tenby International School Setia EcoHill.


Kubah Bio (BioDome) di STEAM Carnival

Di STEAM Carnival, pelbagai bengkel interaktif telah diadakan di samping aktiviti-aktiviti booth oleh Fakulti Sains dan Kejuruteraan (FOSE) serta Fakulti Seni dan Sains Sosial (FASS).

Tarikan utama acara ini ialah Kubah Bio atau ‘BioDome’ yang serba interaktif, ia mempamerkan sebuah teknologi yang dibangunkan secara kolaboratif oleh FOSE dan pelajar-pelajar daripada Tenby International School Setia EcoHill.

Pelajar-pelajar tersebut merupakan sebahagian daripada Program Duta STEAM UNM, yang bermatlamat memupuk minat para pelajar dalam disiplin STEAM, menawarkan sebuah pengalaman pendidikan menarik, selain meningkatkan kesedaran mengenai impak alam sekitar dan mempamerkan cara-cara inovatif terhadap pendidikan kelestarian alam sekitar. 

“Bukan sekadar pameran interaktif, Kubah Bio ini mengetengahkan pendidikan STEAM menerusi sebuah kaedah yang amat menarik termasuk apa yang kami ingin kecapi buat para pelajar di UNM – sebuah persekitaran pembelajaran yang imersif lagi holistik di mana pelajar boleh mengamati sains, teknologi, dan masyarakat diintegrasikan dengan sebaiknya.

“Bersama rakan-rakan kongsi kami, kami ingin memupuk sebuah kolaborasi jangka panjang yang berpaksikan inovasi dan kelestarian. Melalui inisiatif ini, pelajar dapat menyaksikan serta mengambil bahagian dalam sebuah persekitaran pembelajaran yang ‘hidup’,” jelas Profesor Sam Kingman.

Melalui kerangka dan fungsi kolaboratif yang diguna pakai oleh sensor, mikropengawal, pembesar suara, dan aneka teknologi serba imersif, projek ‘tumbuhan bercakap’ ini membolehkan tumbuhan di dalam Kubah Bio tersebut berkomunikasi dengan para pengunjung, merungkai sedikit sebanyak tentang keadaannya.

Projek ini mencerminkan pengintegrasian antara sains alamiah dan juga teknologi digital yang canggih, untuk mendalamkan lagi pemahaman dan hubungan kita dengan alam semula jadi.


Aktiviti Bersama Elvira Systems & Aiszzy Electronics

STEAM Carnival juga telah menyaksikan penglibatan daripada rakan-rakan kongsinya, iaitu MDEC dan CelcomDigi. MDEC telah menjalankan aktiviti pengekodan dan teknologi dron bersama Elvira Systems dan Aiszzy Electronics yang membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam cabaran mengekod dan mengoperasi dron, justeru menonjolkan kegunaan praktikal serta potensi teknologi udara dan juga sains komputer. 

Sementara itu, CelcomDigi telah mempamerkan motosikal elektrik rydeEV sesuai bagi para pelajar yang sedang mencari kaedah pengangkutan lebih mesra ekonomi, sambil memacu penggunaan kenderaan elektrik dan tenaga hijau di Malaysia.

Pelajar boleh “menyewa-beli” motosikal elektrik rydeEV dengan mana-mana pelan Postpaid 5G CelcomDigi melalui pelan ansuran Easy360 yang bermula dengan nilai serendah RM10 sehari.

Mengulas mengenai sokongan buat graduan yang perlu menavigasi landskap kerjaya kian berubah, Profesor Sam Kingman berkata, “Dalam era perubahan teknologi dan sosial yang begitu pesat di mana inovasi memberi kesan ke atas pelbagai sudut kehidupan kita, penekanan UNM terhadap pendidikan STEAM merungkai pelbagai peluang yang belum diterokai dalam menghubungkan pelbagai disiplin akademik dengan satu sama lain, serta menggalakkan pelajar untuk menggunakan kreativiti dan kemahiran pemikiran kritikal mereka dalam konteks dunia nyata.

“Menerusi STEAM Carnival, kami akan menyediakan peluang pembelajaran yang imersif dan inklusif serta menghasilkan dan memperkuhukan bakat-bakat yang bersedia untuk masa hadapan.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd