Selcare Tawar Perkhidmatan Kesihatan Online Semua Dalam Satu Tempat, Lebih Jimat Masa!
Antara ciri dan perkhidmatan yang ada di dalam selcare.com ini adalah seperti perundingan teleprubatan serta e-preskripsi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selgate Healthcare, anak syarikat penjagaan kesihatan SELGATE Corporation dengan bangganya memperkenalkan selcare.com, sebuah platform dalam talian yang baharu dan ditambah baik serta direka untuk memberikan pengguna akses mudah alih kepada perkhidmatan kesihatan secara maya di hujung jari.
Selcare.com menghimpunkan rangkaian komprehensif perkhidmatan penjagaan kesihatan, menghubungkan pesakit dengan profesional pakar kesihatan bagi memberikan pengalaman yang lancar kepada pesakit dan pengguna.
Dalam era di mana kemudahan dan kebolehcapaian menjadi keutamaan, penjenamaan selcare.com berdiri sebagai mercu tanda inovasi, menawarkan pelbagai perkhidmatan yang bersesuaian untuk memastikan kesejahteraan anda.
Daripada penjagaan kejururawatan kepada pembelian ubatan di farmasi, platform kami dikhususkan untuk menyediakan perjalanan penjagaan kesihatan yang holistik dan mesra pengguna.
Ciri Dan Perkhidmatan Utama
Antara perkhidmatan yang ditawarkan menerusi Selcare.com adalah:
1. Perundingan Teleperubatan
Berhubung dengan profesional pakar kesihatan berlesen dari keselesaan rumah anda. Dengan platform teleperubatan yang terjamin dan selamat ini, anda boleh mendapatkan nasihat perubatan, menerima diagnosis dan bincangkan pelan rawatan tanpa memerlukan lawatan secara fizikal.
2. E-Preskripsi
Ucapkan selamat tinggal kepada preskripsi secara fizikal. Selcare.com menawarkan e-preskripsi, membolehkan anda mengakses ubat preskripsi dengan mudah secara digital, menjimatkan masa dan usaha anda.
3. Temujanji Klinik Am dan Pergigian
Tempahan janji temu dengan klinik pergigian dan kemudahan penjagaan kesihatan kini lebih mudah. Laman web kami yang mesra pengguna ini membolehkan anda menjadualkan janji temu dengan hanya beberapa klik.
4. Penjagaan Kejururawatan
Nikmati penjagaan kejururawatan yang berkualiti mengikut keselesaan anda. Sama ada anda memerlukan bantuan dengan penjagaan luka, pentadbiran ubat, berpantang dan penjagaan warga tua atau keperluan penjagaan kesihatan lain, selcare.com menghubungkan anda dengan profesional kejururawatan yang berkelayakan.
5. Pembelian Mudah Farmasi Dalam Talian
Akses pelbagai jenis ubat dan produk penjagaan kesihatan melalui kedai dalam talian Jovian Selcare Pharmacy. Nikmati kemudahan penghantaran, memastikan anda mempunyai keperluan yang anda perlukan tanpa sebarang kerumitan.
Perkhidmatan selcare.com juga boleh didapati di aplikasi super SELANGKAH.
Dengan menyepadukan perkhidmatan penjagaan kesihatan komprehensif kami ke dalam aplikasi super SELANGKAH, kini pengguna dapat mengakses sumber penjagaan kesihatan berkualiti tinggi pada satu platform dengan lebih mudah.
“Di Selcare, misi kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan mudah diakses, cekap dan mengutamakan pesakit,” kata Dr Muaz Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Healthcare.
“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh individu dalam menguruskan kesihatan mereka, dan platform kami direka untuk memudahkan keseluruhan proses. Dengan selcare.com, anda kini boleh menjaga kesejahteraan anda tanpa menjejaskan kualiti.
“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan jenama Selcare dan mengintegrasikan perkhidmatan penjagaan kesihatan komprehensif mereka ke dalam aplikasi Selangkah.
Integrasi ini sejajar dengan misi kami untuk menyediakan pengalaman kesihatan yang mudah dan terbaik kepada pengguna, memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka terus terjaga.
“Bersama-sama, kami membawa masa depan penjagaan kesihatan ke hujung jari para pengguna kami,” kata Tengku Iesta Tengku Alaudin, Ketua Pegawai Eksekutif Selangkah Ventures Sdn Bhd.
Terokai masa depan penjagaan kesihatan melalui selcare.com dan alami era baharu kemudahan, kebolehcapaian dan kecemerlangan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.