HARIBO Perkenal Gula-gula Jeli Perisa Baharu & Edisi Terhad
Antara perisa baharu dari HARIBO adalah Mix ZOURR, Soda Party ZOURR, Worms ZOURR dan Happy-Cola ZOURR.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
HARIBO, peneraju utama gula-gula jeli kini telah memperluaskan kepelbagaian perisa masam menerusi dua produk baharu iaitu Mix ZOURR dan Soda Party ZOURR edisi terhad.
Mix ZOURR adalah campuran daripada HARIBO terlaris dengan pelbagai bentuk gula-gula jeli, sementara Soda Party ZOURR adalah edisi terhad terbaharu HARIBO menampilkan perisa minuman ringan menyegarkan seperti Orange Soda dan Lemon Cola.
Kedua-dua produk ini akan menyertai barisan HARIBO ZOURR sedia ada, iaitu Happy-Cola ZOURR dan Worms ZOURR.
Dunia HARIBO ZOURR Di One Utama @ Promenade.
Jelajah masuk ke dunia HARIBO ZOURR bakal berlangsung di One Utama pada 4 – 10 September nanti. Pelbagai aktiviti seperti permainan, hadiah, “instagrammable booth” untuk bergambar dan banyak lagi di dunia HARIBO ZOURR. Kemasukan adalah percuma.
Anda boleh datang untuk bergambar dan “selfie” di sudut cantik Instagram “booth”, dihiasi lampu neon dengan warna dari motif gula-gula jeli! Tangkap gambar dan muat naik ke Instagram dengan “hashtag” #HARIBOMY untuk peluang memenangi seutas jam tangan edisi terhad HARIBO x Casio.
Seterusnya, beralih pula ke zon permainan yang menyeronokkan iaitu “Hit the Target!” di mana anda akan diuji untuk mengambil sasaran di papan dart besar. Uji juga kecekapan anda dengan permainan “Catch ‘Em” dengan menangkap sebanyak mungkin lidi yang anda boleh ketika ia jatuh secara rawak.
Akhir sekali, ada juga mesin Gashapon! Anda pasti akan mendapat hadiah. Hanya perlu beli mana-mana tiga produk HARIBO dalam satu resit untuk menerima cenderamata berjenama eksklusif seperti patung Goldbear atau beg tote.
Produk HARIBO ZOURR
- Mix ZOURR.
- Soda Party ZOURR.
- Worms ZOURR.
- Happy-Cola ZOURR.
Kesemua produk HARIBO ZOURR kini boleh dibeli di rangkaian runcit utama seluruh negara. Kenali barisan rasa masam HARIBO yang menyegarkan dan kunjungi Dunia HARIBO ZOURR di One Utama pada 4 hingga 10 September 2023 nanti pada jam 10 pagi – 10 malam setiap hari.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.