Now Reading
Starbucks Malaysia ‘Adopt’ Zirafah Comel, Mas Boy Di Zoo Negara Malaysia

Starbucks Malaysia ‘Adopt’ Zirafah Comel, Mas Boy Di Zoo Negara Malaysia

Starbucks Malaysia akan menampung segala keperluan zirafah bernama Mas Boy ini di Zoo Negara Malaysia sepanjang tempoh satu tahun.

Starbucks Malaysia 'Adopt' Zirafah Mas Boy Di Zoo Negara (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di peringkat global, Starbucks berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu Individu Positif, Planet Positif dan Kopi.

Sebagai lanjutan kepada inisiatif Planet Positif mereka, Starbucks Malaysia dengan kerjasama Zoo Negara Malaysia melakukan peranan mereka dalam pemuliharaan haiwan dengan menjaga seekor zirafah bernama ‘Mas Boy’ melalui program Penajaan Hidupan Liar Zoo Negara.

Starbucks Malaysia 'Adopt' Zirafah Mas Boy Di Zoo Negara
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Majlis bermakna itu diikuti dengan penyerahan Mock Check yang diadakan di Zoo Negara Malaysia pada Sabtu lalu (5 Mei).

Penajaan dari Starbucks Malaysia akan membantu untuk menampung semua kos bekalan makanan, penjagaan veterinar dan penyelenggaraan Mas Boy sepanjang tempoh satu tahun.

Starbucks Malaysia 'Adopt' Zirafah Mas Boy Di Zoo Negara
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Membeli Sambil Menderma Menerusi Tawaran Musim Panas Dan Starbucks Happy Giraffe and Friends

Dengan setiap pembelian yang dibuat daripada tawaran musim panas serba baharu termasuklah koleksi Starbucks Happy Giraffe and Friends, RM2 akan didermakan kepada Zoo Negara Malaysia untuk membantu usaha pemuliharaan mereka.

Koleksi ini menampilkan Happy Giraffe dan rakan-rakannya bermain bersama dan menikmati angin musim panas di sekitar pokok kopi.

Starbucks Malaysia 'Adopt' Zirafah Mas Boy Di Zoo Negara
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Di samping itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sebanyak 10% bagi tiket masuk Zoo Negara dengan sebarang pembelian di Starbucks.

Pengunjung Zoo Negara juga boleh menunjukkan tiket masuk atau resit mereka di mana-mana kedai Starbucks Malaysia dan menerima diskaun sebanyak 10% untuk pembelian makanan dan minuman mereka dari 18 April hingga 30 September 2023.

Bermula 6 Mei sehingga 2 Jun 2023, Starbucks melancarkan peraduan media sosial untuk semua pengunjung yang melawat Mas Boy di Zoo Negara.

Starbucks Malaysia 'Adopt' Zirafah Mas Boy Di Zoo Negara
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Untuk berpeluang memenangi set koleksi Starbucks Happy Giraffe & Friends, anda hanya perlu merakam seberapa banyak gambar bersama Mas Boy dan muat naik di laman Instagram dan Facebook serta tag @mystarbucks dan @zoonegara_malaysia.

BACA JUGA: Starbucks Rai Aidilfitri, Perkenal Menu Khas. Siap Ada Biskut Kurma & Biscotti Gula Melaka!

BACA JUGA: 7 Starbucks Di Pulau Penang Dengan Konsep Unik & ‘Extraordinary’

BACA JUGA: [Review] Starbucks New Summer 2022 Drinks Will Make You Wanna Go To The Beach!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd