MILO® Kolaborasi Dengan Tealive, Hasilkan ‘COCO XTREME’ Sebagai Minuman Baharu
Antara minuman baharu COCO XTREME sempena kolaborasi MILO® dan Tealive adalah Bang Bang dengan MILO® dan Pearl serta Matcha Crunchie Smoothie dengan MILO® dan Pudding.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Siapa yang dulu waktu zaman belajar, dia akan minum MILO® dulu sebelum pergi ke sekolah? Mesti ramai ibu bapa juga yang menyediakan botol minuman berisi MILO® kepada anak-anak mereka.
Hidangan MILO® bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelajar sekolah, orang dewasa pun minum juga ya.
Lebih-lebih lagi apabila seorang pelakon popular dalam dalam K-Drama Itaewon Class iaitu Park Seo-Jun telah dilantik sebagai Sahabat MILO®. Makin ramai yang minat dengan minuman ini.
Rangkaian produk MILO® mengandungi pelbagai khasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan penyediaan minuman dengan rasa yang menyelerakan.
BACA JUGA: Park Seo-Jun Muncul Di Sunway Pyramid Sempena Kolaborasi Bersama MILO Malaysia
MILO® Dan Tealive Berkolaborasi Hasilkan Rangkaian Minuman ‘COCO XTREME’
Buat penggemar minuman coklat, anda kini boleh menikmati minuman ‘COCO XTREME’ yang istimewa apabila Tealive melancarkan kolaborasi bersama jenama minuman malt coklat terkemuka di Malaysia iaitu MILO®.
Kolaborasi sulung antara MILO® dan juga Tealive ini akan memberi keseimbangan antara rasa malt coklat dari MILO® dan minuman Tealive Bang Bang atau smoothies bersama beberapa pilihan toppping.
Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo memaklumkan kolaborasi ini merupakan pencapaian baharu bagi pihak Tealive dalam memenuhi jaminan mereka iaitu ‘Bukan Sekadar Teh’.
Kami berasa gembira apabila Tealive bekerjasama dengan MILO®, minuman malt coklat yang paling digemari di Malaysia dan menawarkan minuman gaya hidup yang memenuhi selera pelanggan kami.
Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo.
Tambahnya lagi, kolaborasi ini merupakan kerjasama buat kali kedua bersama syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia iaitu Nestlé.
Pada tahun lalu, Tealive pernah berkolaborasi bersama KITKAT® dan mendapat sambutan yang cukup luar biasa daripada peminat sehinggakan stok dikatakan sudah habis lebih pantas dari jangkaan.
Untuk kolaborasi pada kali ini bersama MILO® pula, Bryan berharap agar peminat Tealive dapat mencipta lagi sejarah baharu dengan menikmati siri minuman gaya hidup COCO XTREME dengan MILO®.
Tawaran masa terhad ini memberikan pengalaman yang terbaik dari kedua-dua kombinasi iaitu rasa segar yang menyelerakan minuman Bang Bang atau smoothies Tealive bersama kebaikan dan kelazatan MILO® bagi melancarkan tenaga mereka untuk pergi lebih jauh.
Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo.
Tiga minuman baharu yang dilancarkan sempena kolaborasi MILO® dan Tealive adalah:
- Signature Crunchie Smoothie dengan MILO® dan Pearl
- Bang Bang dengan MILO® dan Pearl
- Matcha Crunchie Smoothie dengan MILO® dan Pudding
Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Professional Malaysia dan Singapura iaitu Puan Yit Woon Lai turut mengalu-alukan kerjasama ini kerana peminat MILO® kini dapat menikmati kebaikan coklat unik menerusi rangkaian minuman ‘COCO XTREME’.
Sambil menikmati kelazatan minuman Tealive, para pelanggan juga boleh mendapat kebaikan daripada malt barli, susu dan koko di dalam minuman Bang Bang atau smoothies. Dua dalam satu!
Rakyat Malaysia kerap menikmati MILO® di rumah sama ada sebagai minuman yang memberikan tenaga segera atau dihidangkan bersama makanan yang berkhasiat. Di kedai-kedai, ia sering dihidangkan sebagai minuman dan kadang-kadang ditambahkan dengan serbuk malt coklat dalam MILO® Dinosaur.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Professional Malaysia dan Singapura, Puan Yit Woon Lai
Beliau turut berterima kasih atas kerjasama MILO® dan Tealive ini yang dapat memberikan pelanggan cara unik untuk menikmati tiga minuman kegemaran mereka sambil memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
Kepada anda yang mahu mencuba rangkaian minuman terbaharu MILO® dan Tealive ini, bolehlah ke mana-mana cawangan Tealive berhampiran anda.
Jangan tangguh-tangguh ya, takut nanti dah habis stok pula!
Trak Tealive Akan Datang Beraya Rumah Pelanggan Bertuah Yang Membeli Minuman COCO XTREME
Best juga kalau pergi rumah terbuka waktu raya dan ada trak minuman Tealive, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Memang padu!
Tahu tak, dua pelanggan bertuah boleh memenangi trak Tealive untuk hadir ke rumah terbuka mereka dan menyajikan pelbagai minuman kepada para tetamu yang hadir. Seronok kan?
Nak tahu macam mana? Senang je! Ikut langkah-langkah di bawah:
- Beli mana-mana minuman COCO XTREME.
- Imbas kod QR untuk hantarkan penyertaan beserta dengan resit pembelian.
Itu sahaja. Mudah kan?
Dua pelanggan bertuah akan dipilih secara rawak. Para peserta perlu mengambil perhatian kerana pengumuman tentang pemenang akan diberitahu dalam tempoh satu minggu selepas pertandingan tamat pada 26 April ini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.