Now Reading
Schwarzkopf Got2B Lancar Kempen Back 2 Uni Dengan Van Combi. Siap Boleh ‘Refill’ Syampu!

Schwarzkopf Got2B Lancar Kempen Back 2 Uni Dengan Van Combi. Siap Boleh ‘Refill’ Syampu!

Schwarzkopf Got2B melancarkan kempen Back 2 Uni dari 16 Mac sehingga 16 April 2023 di beberapa universiti dan lokasi kegemaran golongan muda.

Schwarzkopf Got2B Lancar Kempen Back 2 Uni Dengan Van Combi. Siap Boleh 'Refill' Syampu!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bermula 16 Mac 2023, Schwarzkopf Got2B akan melancarkan kempen Back 2 Uni bertujuan untuk memperkenalkan produk Styling dan Colour Got2B kepada pelajar universiti yang mahu memulakan kehidupan baharu mereka. 

Kempen ini tertumpu kepada Generasi Y dan Z yang ingin mencari perubahan, menggemari cabaran dan masih mencari identiti sebenar mereka di dunia luar.

Schwarzkopf Got2B dikenali sebagai jenama yang penuh bersemangat, relevan dan juga menggalakan anda mengikuti gaya asli tersendiri.

Bagi memastikan golongan pelajar dapat memanfaatkan kempen ini, Got2B akan mengembara ke beberapa buah universiti dalam negara serta lokasi kegemaran Generasi Y dan Z menggunakan Van Combi.

Schwarzkopf Got2B Lancar Kempen Back 2 Uni Dengan Van Combi. Siap Boleh 'Refill' Syampu!

Apa Yang Ada Di Van Combi Dalam Kempen Back 2 Uni?

Van Combi ini dilengkapi dengan ‘Tester Bar’ dan ‘Refill Station’. Para pelajar boleh memperolehi botol di ‘Refill Station’ dan mengisinya dengan syampu atau perapi rambut pilihan mereka.

Sementara itu, ‘Tester Bar’ pula memberikan para pelajar peluang untuk meneroka dan mencuba rangkaian produk Styling Got2B. Mereka juga boleh membawa pulang bekas mini produk tersebut. 

Schwarzkopf Got2B Lancar Kempen Back 2 Uni Dengan Van Combi. Siap Boleh 'Refill' Syampu!

Terdapat aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan seperti program ‘Old to New’ di mana peserta boleh membawa mana-mana bekas botol perapi rambut lama mereka untuk ditukarkan dengan produk perapi rambut Schwarzkopf yang baharu. 

Schwarzkopf Got2B Lancar Kempen Back 2 Uni Dengan Van Combi. Siap Boleh 'Refill' Syampu!

Kempen Got2B yang berlangsung sehingga 16 April 2023 ini menyediakan pelbagai hadiah menarik setiap hari.

Anda boleh menyertai permainan sedia ada dan juga program Buy & Win untuk berpeluang memenangi sepasang kasut. Hanya enam pasang untuk dipertaruhkan! 

Berikut adalah tempat-tempat yang anda boleh kunjungi untuk menyertai kempen Buy & Win ini: 

  • 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (Guardian atau Kombi)
  • 1 April 2023 – 30 April 2023 (Watsons atau Kombi) 

Untuk mengetahui tarikh dan lokasi tentang kempen ini, ikuti akaun Instagram rasmi mereka (@schwarzkopf_my) dan laman Facebook (@Schwarzkopf Malaysia). 

Schwarzkopf Got2B akan melancarkan kempen Back 2 Uni

Jenis-jenis Produk Schwarzkopf Got2B Yang Boleh Anda Cuba

Schwarzkopf Got2B adalah jenama gaya hidup yang berkembang pesat serta menginspirasikan Generasi Y dan Z dengan memberi keyakinan kepada mereka untuk mengungkapkan keunikan peribadi.

Terokai pelbagai tekstur unik dengan setiap produk perapian dalam siri Got2B! Schwarzkopf Got2B mempunyai banyak jenis produk yang sangat menarik.

Antaranya:

1. Got2B’s Glued Range

Schwarzkopf Got2B akan melancarkan kempen Back 2 Uni

Glued Range Got2B pasti akan ‘menaikkan’ rambut anda lebih tinggi daripada biasa! Siri produk ini mencipta gaya yang boleh menentang kuasa graviti serta memberikan pegangan begitu kuat. Tahukah anda wax yang ringan dalam siri produk ini juga tidak meninggalkan kesan mengelupas atau kelemumur?

Harga pasaran bermula daripada RM32.50 – RM50.00.

2. Got2B’s Volumaniac Range

Schwarzkopf Got2B akan melancarkan kempen Back 2 Uni

Volumaniac Range Got2B yang terdapat dalam bentuk mousse dan penyembur rambut menawarkan diperbuat daripada polimer kompleks yang digabungkan dengan agen flex untuk memberikan pegangan tinggi secara semula jadi.

Harga pasaran bermula daripada RM43.50.

3. Got2B’s Phenomenal Range

Schwarzkopf Got2B akan melancarkan kempen Back 2 Uni

Beralih kepada siri Fenomenal Got2B pula yang boleh memenuhi keperluan lelaki milenium untuk menggayakan rambut dalam rutin harian. Siri Fenomenal yang dihasilkan dengan formula unik ini pasti dapat memenuhi semua keperluan luar biasa sama ada anda menginginkan tekstur yang menebal mahupun untuk menggilap.

Harga pasaran bermula daripada RM36.90.

4. Got2B’s Farb/Artist Colour

Schwarzkopf Got2B akan melancarkan kempen Back 2 Uni

Terdapat enam warna berbeza dalam siri warna Got2B Farb/Artist daripada warna pastel hingga kepada warna pelangi. Warna-warna terang ini pasti menunjukkan gaya berani dan ekspresi diri yang digemari oleh generasi muda!

Harga pasaran bermula daripada RM53.90.

Produk Schwarzkopf Got2B boleh didapati di Watsons, Guardian dan di pasaraya terpilih! Anda juga boleh mendapati produk-produk ini menerusi Shopee dan juga Lazada.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd