Now Reading
MR DIY Rai Suasana Aidilfitri Dengan Tema ‘Raya Serba Baharu’

MR DIY Rai Suasana Aidilfitri Dengan Tema ‘Raya Serba Baharu’

Antara promosi yang ditawarkan oleh MR DIY dalam kempen ‘Raya Serba Baharu’ mereka adalah set jag kaca 5-dalam-1 dengan diskaun 30% pada harga RM13.90.

MR D.I.Y. Rai Suasana Hari Raya Dengan ‘Raya Serba Baharu’

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setibanya Hari Raya Aidilfitri, mesti ramai yang teruja dan gembira untuk meraikan sambutan itu.

Beberapa hari sebelum raya memang confirm meriah dengan persiapan dari dapur sehinggalah ke luar rumah. Nak masak rendang, pasang lampu raya, susun kuih dalam balang dan sebagainya.

Peruncit perkakasan rumah kegemaran rakyat Malaysia iaitu Kumpulan MR DIY [M] Berhad (MR DIY) juga tidak turut ketinggalan untuk memudahkan urusan masyarakat untuk meraikan perayaan tersebut.

Dengan lebih 1,090 cawangan di seluruh negara, MR DIY teruja untuk melancarkan rangkaian istimewa Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di bawah kempen perayaan ‘terbaharu mereka dengan tema ‘Raya Serba Baharu’.

Terdapat 140 rangkaian produk istimewa Hari Raya Aidilfitri boleh didapati di cawangan terpilih dari 15 Mac hingga 30 April 2023.

MR-D.I.Y.-Rai-Suasana-Hari-Raya-Dengan-‘Raya-Serba-Baharu’-4

MR DIY Tawar Pelbagai Persiapan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada tahun ini, MR DIY buat pertama kalinya menawarkan rangkaian produk Hari Raya termasuklah kerongsang, dokoh kebaya, songkok serta butang baju melayu.

Menurut Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY Alex Goh, matlamat mereka dalam melancarkan kempen ‘Raya Serba Baharu’ adalah untuk menawarkan harga rendah bagi membolehkan orang ramai berkemampuan mendapatkan barangan persiapan tanpa membebankan dari segi kewangan.

Hari Raya adalah salah satu masa untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Matlamat kami dengan ‘Raya Serba Baharu’ adalah untuk membolehkan semua rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sama ada mereka menjadi tuan rumah meraikan keluarga atau menziarahi orang tersayang. Kami telah menyediakan keperluan khas musim perayaan pada ‘Always Low Prices’ dengan menjadikannya mudah diakses oleh rakyat sambil mengurangkan beban kewangan mereka di musim perayaan ini. Ini semua adalah untuk memberi dan menambah nilai kepada rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan yang penuh bermakna buat mereka.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY Alex Goh.
MR-D.I.Y.-Rai-Suasana-Hari-Raya-Dengan-‘Raya-Serba-Baharu’-4
Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY Alex Goh.

Produk-produk lain dalam rangkaian itu termasuklah barangan Hari Raya dan keperluan rumah pada harga berpatutan seperti hiasan gantung, pelekat Raya sehingga ke lampu pelita dan lampu LED untuk memeriahkan suasana kediaman.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan di setiap sudut kediaman, terdapat juga kelengkapan rumah, kusyen, alas lantai, lapik meja, kotak tisu dan penyepit langsir serta peralatan dapur untuk memastikan hidangan perayaan disajikan dengan lebih kemas.

Antara promosi yang ditawarkan dalam kempen ini adalah set jag kaca 5-dalam-1 dengan diskaun 30% pada harga RM13.90 (harga biasa adalah RM19.90).

Seperti biasa, MR DIY juga menawarkan bahan pembersih rumah dan produk penjagaan diri bagi memastikan kediaman dan ahli keluarga berada pada tahap terbaik.

Sebagai tambahan kepada rangkaian barangan Hari Raya yang disenaraikan di atas, anak syarikat kumpulan MR DIY iaitu MR DOLLAR turut menawarkan makanan ringan, minuman, dan barangan keperluan rumah pada harga berpatutan sempena Hari Raya ini.

Bersempena ‘Raya Serba Baharu’, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa MR DIY bekerjasama dengan dua selebriti terkenal iaitu Wani Kayrie dan Ara Johari dalam filem web ‘Raya Serba Baharu’ kami yang akan ditayangkan pada 7 April 2023. Filem web ini mencerminkan semangat kami yang sentiasa memberi kesan positif kepada komuniti di mana sahaja kami beroperasi dan ia sememangnya sangat menyentuh hati.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY Alex Goh.
MR-D.I.Y.-Rai-Suasana-Hari-Raya-Dengan-‘Raya-Serba-Baharu’-4

MR DIY Kerjasama Dengan 3 Penyedia Perkhidmatan Kewangan Termasuklah E-dompet

Goh menambah bahawa MR DIY juga bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam premis dan diskaun yang menarik di MR DIY, MR TOY dan MR. DOLLAR.

Tiga penyedia perkhidmatan kewangan itu adalah dua e-dompet – Boost dan Touch ‘n Go eWallet serta bank HSBC.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR DIY, RM50 di MR TOY, atau RM30 di MR DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat paket sampul duit Raya percuma sementara stok masih ada.

MR-D.I.Y.-Rai-Suasana-Hari-Raya-Dengan-‘Raya-Serba-Baharu’-4

Promosi ‘Raya Serba Baharu’ MR DIY boleh didapati di cawangan terpilih di seluruh Malaysia. Untuk butiran promosi Hari Raya Aidilfitri, boleh klik [DI SINI].

Untuk maklumat lanjut tentang MR DIY, layari laman web mereka [DI SINI] dan juga platform Facebook serta Instagram.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd