Now Reading
Sunway Malls Teraju Komitmen Ke Atas Matlamat Pembangunan Lestari PBB Dengan Fokus 6 Inisiatif Kelestarian

Sunway Malls Teraju Komitmen Ke Atas Matlamat Pembangunan Lestari PBB Dengan Fokus 6 Inisiatif Kelestarian

Sunway Malls fokus kepada enam inisiatif kelestarian seperti Pemajakan hijau, Pengurusan sisa, Pembangunan Komuniti, Operasi lestari, Pertanian urban dan Perolehan hijau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dibangunkan atas dasar kelestarian dan terus cemerlang kerana amalan yang baik, Sunway Group telah memastikan seluruh ekosistemnya termasuk Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) menjadi tonggak kepada misinya untuk melindungi bumi serta melahirkan dunia yang lebih lestari.

Sempena Hari Tindakan Global bagi Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UN-SDGs) pada 25 September, Sunway Malls ingin meningkatkan kesedaran tentang kepentingan komitmennya ke atas enam inisiatif lestari iaitu:

  • Pemajakan hijau
  • Pengurusan sisa
  • Pembangunan Komuniti
  • Operasi lestari
  • Pertanian urban
  • Perolehan hijau

Menerusi inisiatif-inisiatif ini, Sunway Malls dapat menerima pakai kerangka Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) dengan aspirasi dan matlamatnya untuk menjadikan dunia ini lebih sejahtera demi generasi akan datang.

Sunway Malls Lancar Kempen ‘Together for Good’

Mulai 10 September hingga 2 Oktober 2022, Sunway Malls akan menjalankan kempen
‘Together for Good’ bagi menegaskan sekali lagi komitmennya terhadap UN-SDGs
dalam alam sekitar dan sosial demi kemaslahatan masyarakat.

Buat masa ini, Sunway Malls telah mengenal pasti lapan UN-SDGs untuk diberi
perhatian iaitu:

  • Matlamat 3: Tahap Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik
  • Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti
  • Matlamat 6: Air Bersih dan Sanitasi
  • Matlamat 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih
  • Matlamat 10: Merapatkan Jurang Ketidaksamaan
  • Matlamat 12: Konsumsi dan Produksi Berhemah
  • Matlamat 13: Perubahan Iklim
  • Matlamat 17: Kerjasama untuk Mencapai Matlamat-Matlamat Sasaran

Sunway Malls sedar betapa pentingnya keperluan untuk berganding bahu dengan
semua pihak bagi mencetuskan perubahan yang bermakna termasuk menggalakkan para pengguna untuk turut memainkan peranan bersama ke atas enam inisiatif utama kelestarian.

Pemajakan Hijau dan Perolehan Hijau

Sunway Malls merupakan satu-satunya pusat beli-belah di Malaysia yang mengamalkan sistem pemajakan hijau atas sebahagian daripada komitmennya terhadap operasi yang lebih mesra alam.

Pelaksanaan Pemajakan Hijau menggunakan pendekatan 3E: Educate (Mendidik),
Encourage (Menggalakkan) dan Enforce (Menguatkuasa)
.

Sunway mengamalkan penyumberan yang bertanggungjawab, dan memperoleh barangan yang berlatarkan amalan lestari – bermula tahun 2023, Sunway akan memilih pembekal, kontraktor dan vendor yang berkongsi sentimen sama untuk dijadikan rakan kongsinya.

Pengurusan Sisa

Sunway Malls mengamalkan dan menggalakkan pengitaran semula, pengomposan
makanan dan juga menggunakan kelengkapan yang mematuhi saranan SDG bagi
pencahayaan dan air untuk memastikan tiada pembaziran sumber yang berlaku atau
diminimumkan.

Penuaian air hujan diamalkan bagi membekalkan sumber air kepada
Sunway City Kuala Lumpur dan Sunway Malls juga telah menjalin usaha sama dengan
organisasi-organisasi seperti Kloth Cares yang menggalakkan pengitaran semula
fabrik untuk pelbagai kegunaan.

Pusat-pusat beli-belah ini komited untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di semua kawasannya dan juga memastikan 30% daripada seluruh dekorasi perayaannya menggunakan material yang boleh dikitar semula.

Menerusi inisiatif Food CPR, Sunway Malls mengompos 500L/500kg sisa makanan setiap hari, ia bukan sahaja menggalakkan ekonomi kitaran tapi juga mengelakkan sisa makanan dihantar ke tapak pelupusan, sekali gus mengurangkan emisi rumah hijau. Sunway Malls juga sedang bekerja secara rapat dengan Forest Stewardship Council (FSC) bagi mengurangkan pembaziran kertas.

Operasi Lestari

Sunway Malls komited untuk menjadi rangkaian pusat beli-belah lestari rendah
karbon yang memiliki bangunan hijau, sumber tenaga boleh diperbaharui dan
sebagainya. Oleh itu, rangkaian pusat beli-belah ini telah
menerima pakai pelbagai amalan yang inovatif bagi meningkatkan
produktiviti dan menjimatkan kos bagi menjalankan operasi secara lestari.

Ianya termasuklah usaha seperti:

  • Sistem Parkir Pintar Sunway yang berciri tanpa tunai dan tanpa sentuh.
  • Sistem Internet Tandas yang pertama di Malaysia.
  • Penggunaan panel solar bagi menjana tenaga bersih tanpa bergantung kepada tenaga janaan batu arang.

Pembangunan Komuniti dan Pertanian Urban

Pusat beli-belah merupakan komponen yang penting dalam sesebuah komuniti dan
Sunway selalu berusaha untuk berkongsi semangat keprihatinan dengan pelbagai
lapisan masyarakat.

Sunway telah menyediakan pelbagai kemudahan secara percuma bagi menjalankan usaha vaksinasi sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengecapi imuniti kelompok.

Untukmemerangi isu sekuriti makanan pula, program Food for Thought yang menggalakkan warga umum untuk menderma makanan telah dijalankan di seluruh rangkaian pusat beli-belah ini. Bank makanan dan tabung derma juga telah diwujudkan bagi membantu komuniti B40 dan mangsa banjir.

Tambahan lagi, komuniti autisme dan penjaga mereka boleh menggunakan fasiliti
dan bilik Autsome apabila mereka mengunjungi pusat-pusat beli-belah Sunway yang
terpilih.

Antara yang turut bakal dilancarkan adalah Sunway READ Library Project untuk
memudahkan golongan kurang bernasib baik yang minat membaca.


Pembeli-belah dapat melihat banyak lagi inisiatif-inisiatif bertemakan kelestarian
daripada Sunway Malls sepanjang tahun ini, sementara rangkaian pusat beli-belah ini
terus melangkah ke hadapan secara proaktif bagi menjamin masa depan yang lestari.

Untuk maklumat lanjut mengenai komitmen Sunway Malls ke atas kelestarian dan UNSDGs, sila klik [DI SINI] serta platform media sosial Sunway Malls.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd