Now Reading
Undang-undang Anti Gangguan Seksual Perlu Dilaksanakan Secara Berkesan

Undang-undang Anti Gangguan Seksual Perlu Dilaksanakan Secara Berkesan

Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021 yang diusulkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diluluskan di Parlimen.

Undang-undang Anti Gangguan Seksual Mesti Dilaksanakan Secara Berkesan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kumpulan Advokasi Anti Gangguan Seksual yang terdiri daripada Joint Action Group for Gender Equality, ENGENDER dan Young Women Making Change mengalu-alukan kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021.

Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada peristiwa penting ini.

Kumpulan wanita di seluruh Malaysia telah melobi selama 30 tahun untuk undang-undang ini. Kami tidak mampu merealisasikannya tanpa mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen yang menjadi sebahagian dalam usaha secara konsisten bagi mendapatkan kelulusan rang undang-undang yang komprehensif dan berpihak kepada mangsa.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. (Sumber: Teresa Kok)

Kami terharu dengan solidariti mereka terutamanya semasa perbahasan Parlimen tentang RUU berkenaan. Kebanyakannya membangkitkan isu yang membina dan kritikal untuk membuktikan keberkesanan pelaksanaan undang-undang tersebut.

Kami juga memuji wakil rakyat kerana berani menegur tingkah laku seksis dan penggunaan kata-kata kotor ketika di Parlimen semasa perbahasan serta menegakkan pendirian mereka untuk menentang gangguan dan keganasan selaras dengan Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual 2021.

Beri keutamaan untuk melindungi mangsa gangguan seksual

Dengan kelulusan RUU itu, mangsa mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan perlindungan melalui mahkamah keadilan (tribunal) bagi Anti Gangguan Seksual. Terdapat tiga perkara utama yang perlu ditekankan bagi memastikan mangsa dilindungi sepenuhnya seperti:

  • Pertama, organisasi perlu menguatkuasakan tugas untuk menangani dan mencegah gangguan seksual.
  • Kedua, perlindungan untuk tingkah laku mengganggu yang mungkin tidak ditujukan kepada seseorang tetapi boleh mewujudkan persekitaran bermusuhan, menyinggung perasaan atau menakutkan.
  • Ketiga, memberi perlindungan kepada mereka yang memilih untuk melaporkan dan membetulkan semula keadaan.

Oleh kerana beberapa perkara kritikal ini tidak disertakan dalam Rang Undang-undang yang diluluskan semalam, kami menggesa KPWKM untuk memasukkannya ke dalam peraturan yang boleh dikuatkuasakan dan ditambah dengan garis panduan menyeluruh bagi memastikan perundangan ini mencapai hasil efektif.

Sumber: Gempak

Kami juga digalakkan untuk mengambil perhatian terhadap komitmen yang dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa bacaan kedua Rang Undang-undang di Parlimen, antaranya seperti berikut:

1. Penggubalan pelan tindakan bagi pelaksanaan perundangan itu telah dijalankan.

2. Satu jawatankuasa pemantauan pelbagai sektor akan ditubuhkan terdiri daripada organisasi bukan kerajaan, ahli akademik dan wakil kerajaan untuk mengawasi pelaksanaan pelan tindakan.

3. KPWKM akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tentang Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial (PSSC) untuk memperjelaskan lagi kuasa daripada Pentadbir Anti Gangguan Seksual.

4. KPWKM akan mengeluarkan garis panduan tentang pengoperasian akta yang sepatutnya menggabungkan tugas organisasi untuk menangani dan mencegah gangguan seksual serta menginstitusikan proses pemantauan bagi memastikan pelaksanaan peraturan yang berkesan.

5. KPWKM berhasrat untuk mengembangkan operasi Tribunal ke semua negeri.

6. Undang-undang akan ditambah baik mengikut keperluan selepas pemantauan dan penilaian.

Kami turut bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Menteri dan KPWKM bagi meneliti kesemua komitmen ini.


Kelulusan RUU ini didedikasikan kepada mangsa yang telah banyak berjuang

Akhir sekali, advokasi kami telah didorong oleh generasi yang terselamat daripada gangguan seks dari semua lapisan masyarakat. Ada yang bersuara tetapi masih ramai belum berbuat demikian. Kami dedikasikan kelulusan undang-undang ini kepada semua golongan untuk meraikan perjuangan, keberanian, dan ketabahan mereka.

Justeru, kami berharap agar undang-undang ini tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyekat hak asasi manusia golongan terpinggir bagi mengekalkan budaya menyalahkan mangsa atau melanggar autonomi badan dan kebebasan bersuara.

Sumber: MalaysiaGazette

Tujuan utama perundangan ini adalah untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi semua individu tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau latar belakang. Oleh itu, perwakilan dari pelbagai ahli Tribunal adalah penting untuk memastikan perlindungan berkesan terhadap semua orang yang hadir di hadapan mahkamah pengadilan.

Walaupun perjuangan ini sukar untuk dimenangi, tetapi ianya tidak akan berakhir. Dengan kelulusan Rang Undang-undang ini, masih jauh lagi perjalanan untuk memastikan ianya dilaksanakan dengan penuh berkesan.


Disahkan oleh pertubuhan ahli Anti Gangguan Seksual berikut:

  1. Joint Action Group for Gender Equality (JAG), khususnya:
  • All Women’s Action Society (AWAM)
  • Women’s Aid Organisation (WAO)
  • Women’s Centre for Change (WCC)
  • Association of Women Lawyers (AWL)
  • Justice for Sisters
  • EMPOWER
  • Family Frontiers
  • KRYSS Network
  • Perak Women for Women Society (PWW)
  • Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  • Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
  • Sarawak Women for Women Society (SWWS)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Tenaganita

2. Young Women Making Change

3. ENGENDER


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd