Subway Lancar Pameran ‘Subway Mini World’ Di Tiffin at The Yard & Queensbay Mall Julai Ini
Pameran Subway Mini World ini akan berlangsung pada 8-10 Julai 2022 di Tiffin at The Yard dan 15-17 Julai 2022 di Queensbay Mall, Pulau Pinang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Maskot daging Subway Malaysia yang dikenali sebagai ‘Sabweh’ menjemput anda semua untuk sama-sama meraikan sejarah dan budaya unik Subway dengan pelancaran pameran Subway Mini World!
Bersempena dengan 23 tahun Subway menghidangkan roti lazat di Malaysia, pameran ini akan menampilkan paparan mini landskap beberapa lokasi sejarah di Malaysia seperti Dataran Merdeka yang dihasilkan oleh MinNature Malaysia.
Orang ramai boleh mengunjungi pameran interaktif Subway Mini World di dua lokasi berbeza di seluruh Malaysia seperti berikut:
- Tiffin at the Yard, Kuala Lumpur.
- Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat patung ‘sub’ kecil bersaiz melebihi 10 kaki yang cukup mengagumkan. Pengunjung berpeluang untuk memasuki ruang paparan holografik sambil mempelajari tentang sejarah Subway.

Lebih mengujakan lagi apabila Sabweh sendiri akan turut berada di pameran berkenaan untuk sama-sama menyertai orang ramai dalam pameran ini. Kalau anda datang ke sini, jangan lupa untuk menyertai ‘Mini Sabweh Hunt’ bagi memenangi hadiah menarik.
Pereka kartun Sabweh dan artis komik terkenal iaitu Ernest Ng akan membuat penampilan khas di ‘Subway Mini World’ di pameran tersebut bertempat di Kuala Lumpur pada Ahad 10 Julai dari jam 12 tengah hari sehingga 2 petang.
Ajaklah rakan-rakan dan ahli keluarga anda datang ke sini. Mana tahu boleh dapat hadiah kan?

Subway Mini World:
Tiffin at The Yard
- Tarikh: 8-10 Julai 2022
- Masa: 5 petang-11 malam (8 Julai), 11 pagi-11 malam (9 dan 10 Julai)
Queensbay Mall Pulau Pinang
- Tarikh: 15-17 Julai 2022
- Masa: 10.30 pagi-10.30 malam
BACA JUGA: 5 Top Tips On Making Your Subway Sandwich Top Tier
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.