Now Reading
Terokai Lebih 10,000 Makanan Dari Serata Dunia Dengan ‘Pavilion Feast’

Terokai Lebih 10,000 Makanan Dari Serata Dunia Dengan ‘Pavilion Feast’

Antara restoran yang terlibat dalam ‘Pavilion Feast’ adalah seperti Tealive Plus, Serai dan Two Sons Bistro.

pavilion feast

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mulai sekarang sehingga 24 Julai 2022, pusat membeli-belah terkenal di Malaysia iaitu Pavilion Kuala Lumpur menjemput orang ramai untuk mencuba pelbagai jenis makanan dari serata dunia dengan ‘Pavilion Feast’.

Dengan lebih daripada 10,000 pilihan makanan dan minuman yang disajikan di pusat beli-belah ini, ‘Pavilion Feast’ menjemput para pengunjung untuk merasai pengalaman hidangan dari Timur Tengah hingga ke istana besar China dalam pengembaraan masakan bersama Pavilion Kuala Lumpur.

Pavilion Feast menawarkan hidangan istimewa dari cef berbakat. Tidak dilupakan juga promosi menarik daripada lebih 150 kedai makan.

Dalam sesi pratonton media eksklusif ‘Pavilion Feast’, para tetamu dijemput untuk menyerlahkan bakat serta minat terhadap makanan dengan interaksi yang interaktif di sekitar Pavilion KL.

Antara beberapa lokasi restoran yang dikunjungi di Pavilion Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

1. Michelangelo’s

Sumber: Pavilion Kuala Lumpur

2. OCEAN TWE12VE

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

3. ParaThai

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

4. Tealive Plus

Sumber: Pavilion Kuala Lumpur

5. Dubai

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

6. Yayoi

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

7. Serai

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

8. Two Sons Bistro

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selain itu, Pavilion Kuala Lumpur juga banyak membuka restoran baharu seperti berikut:

  • Baan PadThai
  • Five Guys
  • The Coffee Academïcs
  • Cold Stone Creamery
  • Samy & Min
  • Santouka Ramen
  • Chagee
  • Shu Guo Yin Xiang Hotpot

Pengunjung boleh menikmati promosi eksklusif dan menu istimewa di Pavilion KL sehingga 31 Julai 2022.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang ‘Pavilion Feast’, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd