Now Reading
SUKE TV Dengan Kolaborasi MRANTI Nexus Tampil Bantu Peniaga Tempatan

SUKE TV Dengan Kolaborasi MRANTI Nexus Tampil Bantu Peniaga Tempatan

Kerjasama antara SUKE TV dan MRANTI Nexus membolehkan peniaga mengiklankan produk mereka di televisyen mahupun digital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rangkaian siaran tempatan SUKE TV terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang perniagaan tempatan dengan pencetusan memorandum perjanjian bersama MRANTI Nexus dalam sebuah majlis hari ini.

MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi SUKE TV Datuk AC Mizal, Pengasas dan Pengarah SUKE TV Datin Emylia Rosnaida, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus Muhamad Husni Md Zain serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak.

Sumber: SUKE TV

Duduk rumah pun boleh membeli-belah

Kerjasama kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerjasama menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menyokong kualiti produk buatan Malaysia dan kebolehan usahawan tempatan, SUKE TV mengambil inisiatif mencipta sebuah platform agar peniaga tempatan dapat mempelopori inovasi dan memperkasakan ekonomi. Inisiatif ini akan meningkatkan kesedaran jenama tempatan dan membantu mengekalkan pelanggan melalui kepelbagaian yang ditawarkan oleh rangkaian ini.

Idea unik SUKE TV untuk membawa pengalaman membeli-belah terus ke rumah pelanggan melalui saluran hiburan televisyen diyakini akan menyumbang kepada peningkatan penglibatan penonton, jualan dan pemasaran produk-produk buatan Malaysia.

Melalui visi dan usaha SUKE TV ini, peniaga tempatan kini memiliki akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk mengiklankan produk-produk mereka di televisyen mahupun digital.

Sumber: SUKE TV

Permulaan yang baik untuk peniaga tempatan

Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Datuk AC Mizal meluahkan rasa gembira tentang kerjasama antara kedua-dua belah pihak sebagai suatu permulaan untuk pertumbuhan ekonomi yang eksponen, terutamanya bagi perniagaan tempatan.

“Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industri yang memiliki kepakaran dan kemudahan, dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai hari ini”, tambahnya.

Sumber: SUKE TV

MRANTI Nexus menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, pembangunan produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluaran gred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.

Ketua MRANTI Nexus Muhamad Husni Md Zain menzahirkan keyakinan beliau terhadap peluang kerjasama MRANTI Nexus dengan sebuah organisasi yang inovatif seperti SUKE TV bagi penambahbaikan sektor perniagaan tempatan.

Sumber: TRP

“MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak” melalui penyediaan sokongan dalam membantu penyelidik serta usahawan membangunkan produk mereka ke pasaran, mampu milik dan senang diakses pelanggan. Kami percaya lebih ramai inovator dan usahawan tempatan akan mendapat manfaat daripada platform SUKE TV untuk menjangkau pasaran yang lebih luas melalui kerjasama ini,” kata beliau.

SUKE TV yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini telah berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato’ AC Mizal antara 100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon dalam industri hiburan dan perniagaan.

Sumber: SUKE TV

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd