Now Reading
Pembelian Online Rakyat Malaysia Naik Seiring Keyakinan Kepada LazMall Bertambah Di Jualan 9.9

Pembelian Online Rakyat Malaysia Naik Seiring Keyakinan Kepada LazMall Bertambah Di Jualan 9.9

Rakyat Malaysia membeli 10x lebih banyak barangan daripada bulan lepas di LazMall sepanjang 9.9 Biggest Brand Sale (Jualan 9.9).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


  • Rakyat Malaysia membeli 10x lebih banyak barangan di LazMall.
  • Pengikut tempatan jenama-jenama LazMall meningkatkan lebih x3.
  • Jenama pakaian sukan, telefon pintar, dan barangan isi rumah kerap dicari.
  • Pembelian barangan kecantikan, runcit, dan keperluan bayi naik 15x.
  • Rakyat Malaysia beli 120,000 kilogram Milo dan 14,000 kilogram Nescafe.

Pembeli dalam talian menunjukkan trend peningkatan jelas, dengan rakyat Malaysia membeli 10x lebih banyak barangan daripada bulan lepas di LazMall sepanjang 9.9 Biggest Brand Sale (Jualan 9.9) baru-baru ini, yang jelas menunjukkan pengguna semakin yakin membeli-belah dalam talian di destinasi jenama Lazada yang dijamin tulen.

Jenama-jenama LazMall juga mencatatkan peningkatan lebih 3x pengikut kedai sepanjang tempoh jualan.

Kami sukacita melihat bahawa janji ketulenan 100% dan pulangan percuma 15 hari LazMall mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna tempatan kami. Peningkatan ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin ketara terhadap LazMall sebagai destinasi utama untuk membeli produk berjenama dalam talian, termasuk produk premium dan mewah yang bernilai sehingga beribu-ribu ringgit.

Chenxi Zhou Ketua LazMall Lazada Malaysia.

Sepanjang Jualan 9.9 Lazada tahun ini, beberapa kata kunci yang paling kerap dicari oleh pembeli tempatan ialah jenama-jenama pakaian riadah sukan, telefon pintar, dan keperluan isi rumah.

Ini termasuk jenama seperti Puma, Nike, Adidas, Xiaomi, Samsung, Huawei, Dyson, Watson, Dettol, dan banyak lagi yang telah dicari beribu-ribu kali bagi setiap jenama.

Chenxi menambah, “Kebanyakan rakan jenama LazMall mendapati bahawa pengikut kedai meningkat tiga kali ganda berbanding bulan terdahulu apabila menyertai Jualan 9.9 kami baru-baru ini. Peningkatan ini jelas membuktikan LazMall sebagai pilihan e-Dagang utama yang membolehkan rakan-rakan jenama rasmi kami untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan kami di seluruh negara.”

Trend penting lain termasuk kategori yang paling pantas berkembang di LazMall, seperti barangan kecantikan, runcit, dan keperluan bayi, yang mencatatkan peningkatan pembelian sebanyak 15x pada Jualan 9.9 Lazada berbanding bulan sebelumnya.

Malah, rakyat Malaysia telah membeli lebih 120,000 kilogram serbuk MILO Activ-Go dari LazMall dalam tempoh satu hari di Jualan 9.9. Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah lebih berat daripada 130 kereta Myvi.

Rakyat Malaysia juga membeli lebih 14,000 kilogram serbuk kopi Nescafe pada hari yang sama, cukup untuk membancuh lebih 9 juta cawan kopi yang boleh menolong seluruh penduduk Lembah Klang memulakan hari mereka dengan cergas.

Apabila pengguna membeli daripada jenama LazMall kegemaran, pengalaman mereka bukan semata transaksi pembelian yang ringkas; malah, menjangkaui seluruh pengalaman beli-belah yang mencerminkan identiti unik jenama menerusi pelbagai cara yang menarik, seperti penstriman langsung atau permainan. Kami sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan jenama dalam usaha untuk menambah baik pengalaman beli-belah bagi pelanggan kami.

Chenxi Zhou Ketua LazMall Lazada Malaysia.

Dengan lebih 10,000 jenama di LazMall Malaysia, perniagaan dari semua industri menyedari potensi memanfaatkan perkakas pemasaran, teknologi data, dan rangkaian logistik Lazada bagi menyampaikan pengalaman yang diperibadikan kepada pelanggan di serata negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, boleh klik sini. 


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd