Now Reading
Syarikat Insurans AIA Beri Kenyataan Tentang Ejen Keluar Komen Tak Sensitif Mengenai Isu Bunuh Diri

Syarikat Insurans AIA Beri Kenyataan Tentang Ejen Keluar Komen Tak Sensitif Mengenai Isu Bunuh Diri

Namun begitu, pihak AIA masih belum dapat mengesahkan sama ada individu berkenaan adalah seorang ejen AIA dan kini sedang menyiasat perkara ini dengan serius.

Press Releases

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beberapa hari lalu telah tular satu kes di mana seorang ejen takaful telah memuat naik status yang menyinggung perasaan orang ramai.

Perkara tersebut juga telah mula tular di media sosial dan rata-rata warganet berasa berang terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ejen insurans tersebut yang dikatakan tidak sensitif terhadap isu bunuh diri.

Merujuk kepada kes tersebut, syarikat insurans AIA sendiri telah mengeluarkan kenyataan berikut kepada TRPBM.

BACA SINI: Ejen Takaful Buat Iklan Tiada Adab Undang Kemarahan Netizen


Hari ini (3 Julai), telah sampai ke perhatian kami bahawa seorang ejen Takaful yang didakwa mewakili AIA telah membuat komen yang tidak sensitif mengenai isu bunuh diri dan tuntutan takaful di platform media sosial yang telah dilaporkan oleh beberapa pihak media.

Pihak kami masih belum dapat mengesahkan sama ada individu berkenaan adalah seorang ejen AIA dan kini sedang menyiasat perkara ini dengan serius.

Walau bagaimanapun, kami ingin menegaskan bahawa kami tidak boleh bertolak ansur dengan tingkah laku seperti ini yang sama sekali tidak dibenarkan dalam organisasi kami. Pihak kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan ejen berkenaan serta sentimen dan sikap yang ditunjukkan. Isu bunuh diri bukannya suatu lawak jenaka.

Kenyataan media yang dihantar kepada TRP oleh AIA.

Dalam tempoh yang mana ramai individu dan keluarga sedang menghadapi cabaran fizikal, mental dan kewangan akibat pandemik, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menunjukkan rasa empati, belas kasihan dan kesediaan untuk saling membantu.

Sebagai sebuah organisasi yang matlamat utamanya adalah untuk membantu orang ramai menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna – kami memandang berat perihal tingkah laku dan etika warga kami.

Kami amat menyesali segala ketidaksenangan yang timbul dikalangan rakyat Malaysia akibat tingkah laku tersebut. Tindakan serius akan diambil sekiranya individu berkenaan merupakan ejen AIA yang sah.


Kami berharap hal ini dapat diselesaikan dengan baik dan pihak berkenaan serta ejen-ejen insurans lain untuk lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan yang melibatkan kes seperti ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

14 + 17 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd