Now Reading
Kempen “Wall’s Bersama Riders” Bantu Pastikan Penghantar Makanan Sentiasa Selamat

Kempen “Wall’s Bersama Riders” Bantu Pastikan Penghantar Makanan Sentiasa Selamat

Wall’s Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk memainkan peranan dalam menyebarkan kegembiraan dengan menyokong inisiatif sumbangan topi keledar kepada penunggang penghantar makanan Grab.

Press Releases

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejajar dengan komitmennya untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih gembira, kini Wall’s Malaysia bersama GrabFood menyebarkan kegembiraan menerusi kempen “Wall’s Bersama Riders”.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO), lebih ramai penunggang penghantar makanan berada di jalan raya ekoran peningkatan dalam pesanan.

Oleh itu, kempen ini bertujuan menjaga keselamatan para hero kita di jalan raya semasa mereka gigih berusaha untuk menghantar kegembiraan kepada rakyat Malaysia yang sedang menikmati keselesaan serta keselamatan di kediaman masing-masing.

Kredit: KL Foodie

Melalui kempen “Wall’s Bersama Riders”, rakyat Malaysia dapat memainkan peranan mereka dalam memastikan keselamatan para penunggang penghantar makanan semasa bekerja.

Dengan setiap pembelian aiskrim Wall’s bernilai RM30 ke atas dari GrabFood, RM5 akan disalurkan ke dana yang diperlukan untuk membeli topi keledar. Kempen ini menyasarkan pengumpulan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000.

Di Wall’s, kami percaya aiskrim menjadikan kita lebih gembira. Justeru itu, sebagai salah satu jenama yang paling digemari di dunia, tiada cara lebih baik untuk ‘Menikmati Kegembiraan Bersama’ selain daripada membantu mereka yang mengharungi kesukaran demi mengukir senyuman di wajah kita. Kempen ini adalah salah satu daripada pelbagai lagi inisitif yang telah kami jalankan untuk menyebarkan kegembiraan kepada petugas barisan hadapan dan komuniti yang kurang bernasib baik. Kali ini, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menghidupkan semangat kemasyarakatan di samping menjaga keselamatan penunggang penghantar makanan Grab.

Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.

Pelanggan juga berpeluang menerima baucar aiskrim bernilai RM50 daripada Wall’s Malaysia.

Untuk menyertai, kongsikan kenangan terindah anda bersama penunggang penghantar makanan Grab di Instagram, tag @wallsmalaysia dan sertakan tanda pagar #WallsBersamaRiders #TQGrabRider #ChooseHappierTogether.

Penyertaan yang terpilih akan dipaparkan di saluran media sosial Wall’s Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Wall’s Bersama Riders”, layari halaman rasmi Instagram atau halaman Facebook Wall’s Malaysia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twelve − nine =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd