Now Reading
Ini Senarai Barisan Kabinet Di Bawah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Ini Senarai Barisan Kabinet Di Bawah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Senarai kabinet memperlihatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, awal pagi hari ini (2 Disember) kira-kira jam 8:30 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Perdana Menteri dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai Jemaah Menteri untuk diperkenankan Seri Paduka.

Pembentukan Kabinet telah diumumkan bagi membolehkan ahli Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini. Ia dipercayai berikutan YDPA yang dijangka akan ke luar negara pada Sabtu (3 Disember).


Barisan Kabinet Di Bawah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Sumber: The Rakyat Post

Hari ini (3 Disember), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang telah berlangsung di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sebentar tadi.

Sebelum ini, Anwar pernah memaklumkan kepada pengamal media bahawa Malaysia akan memiliki Barisan Kabinet lebih kecil berbanding sebelum ini berikutan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh parti Pakatan Harapan (PH).

Bagi memudahkan anda, di sini kami menyenaraikan barisan Jemaah Menteri yang akan berada di bawah naungan Perdana Menteri Malaysia Ke-10:

Barisan Jemaah Menteri:

  • Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Timbalan Perdana Menteri 1 dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Perdana Menteri 2 dan Menteri Perladangan Dan Komoditi: Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof
  • Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook (Anthony Loke)
  • Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Mohamad bin Sabu
  • Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi bin Ramli
  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
  • Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad bin Haji Hasan
  • Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
  • Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
  • Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin
  • Menteri Sains Dan Teknologi: Chang Lih Kang
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy binti Shukri
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
  • Menteri Undang-undang Dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina binti Othman
  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi bin Nik Ahmad
  • Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
  • Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry bin Abd Kadir
  • Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
  • Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
  • Menteri Pendidikan: Fadhlina binti Sidek
  • Menteri Perpaduan Negara: Datuk Seri Ago Anak Dagang
  • Menteri Agama: Datuk Dr Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
  • Menteri Belia dan Sukan: Yeoh Tseow Suan (Hannah Yeoh)
  • Menteri Sumber Manusia: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
  • Menteri Kesihatan: Dr Zaliha binti Mustafa
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): Armizan bin Mohd Ali

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd