Now Reading
PRU15: Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10

PRU15: Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri seterusnya pada jam 5:00 petang ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri seterusnya pada jam 5:00 petang hari ini (24 November).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan bahawa perkara tersebut adalah selaras dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah peruntukan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan tersebut, Agong menjelaskan bahawa pihak yang menang tidak menang sepenuhnya dan yang kalah pula tidak kalah sepenuhnya.

Seri Paduka berpesan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Baharu yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Baginda juga memberi pandangan bahawa rakyat Malaysia tidak sewajarnya dibebankan dengan isu politik yang tiada kesudahan ketika negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil demi pembangunan negara.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd