‘Pasang Surut’ Sejarah Anwar Ibrahim Sepanjang Bergelar Ahli Politik
Sepanjang karier Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai cabaran dan rintangan telah ditempuhinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah seorang tokoh politik paling terkenal di Asia Tenggara kerana kerjayanya yang dikatakan ‘pasang dan surut’ serta usaha beliau selama beberapa dekad untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
Sepanjang kariernya, pelbagai cabaran dan rintangan telah ditempuhinya.
Walau bagaimanapun, hari ini (24 November), Anwar Ibrahim akhirnya telah berjaya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dalam satu pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Negara sebentar tadi.
BACA LANJUT: PRU15: Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10
Bagaimana Perjalanan Karier Anwar Ibrahim Bermula?
Anwar memulakan karier politiknya sebagai salah seorang pengasas pertubuhan belia Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Anwar memegang beberapa jawatan kabinet dalam kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada 1980-an dan 1990-an selepas menyertai UMNO, parti terbesar dalam BN.
…lalu melonjak memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri
Beliau turut memainkan peranan penting dalam respons Malaysia terhadap krisis kewangan Asia 1997 semasa berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1990-an.
Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas menewaskan Tun Ghafar Baba untuk jawatan timbalan presiden Umno. Ghafar pada mulanya diramalkan sebagai pengganti perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, hubungannya dengan Mahathir semakin rapat. Namun, ikatan yang mulanya tersimpul rapi akhirnya terurai.
Permulaan PKR & Reformasi
Selepas Anwar disingkirkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh Mahathir pada 1998, penyokongnya menubuhkan gerakan Reformasi.
Beliau kemudian mengadakan beberapa protes di Malaysia terhadap gabungan BN yang memerintah pada ketika itu.
Gerakan ini mendapat momentum selepas Naib Presiden AS Al Gore bercakap menyokong gerakan reformasi Anwar pada sidang kemuncak APEC di Kuala Lumpur pada 1998.
Waktu Di Penjara
Anwar telah ditangkap dan akhirnya didakwa atas tuduhan liwat dan rasuah, tuduhan yang dinafikannya semasa perbicaraan kontroversi itu.
Menurut BBC, walaupun aktiviti homoseksual adalah haram di negara majoriti Islam di Malaysia, sabitan adalah luar biasa, dan kes terhadapnya dikutuk di peringkat antarabangsa sebagai bermotifkan politik.
Dia dipenjarakan selama enam tahun kerana rasuah.
Anwar Kembali Dengan Penuh Semangat
Kemenangan PKR semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kekalahan Barisan Nasional (BN).
Dalam satu peristiwa yang mengejutkan pada 2016, bekas pesaingnya, Tun Mahathir, mengumumkan hasratnya untuk kembali ke dunia politik.
Mahathir mula bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), sebuah pakatan yang menjadi sebahagian daripada PKR. Anwar berada di penjara ketika itu kerana sabitan kedua iaitu liwat. Beliau bagaimanapun kekal popular di kalangan penyokong pembangkang.
PH menyatukan empat parti untuk membentuk gabungan berbilang kaum pertama Malaysia, dengan sokongan majoriti Melayu Islam negara serta minoriti Cina dan India.
Mereka muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya umum pada tahun 2018 dan Mahathir dilantik sebagai perdana menteri, buat kali kedua. Bagaimanapun, beliau telah menyatakan akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun. Anwar mendapat pengampunan Diraja selepas PRU14.
Namun krisis dalaman menyaksikan Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mengangkat kaki untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama yang lain untuk membentuk kerajaan. Di saat itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri.
Digelar sebagai ‘Langkah Sheraton’, Malaysia menyaksikan pelantikan tiga perdana menteri dalam tempoh satu penggal pilihan raya.
Menjelang PRU15, Anwar kekal sebagai calon perdana menteri PH, memandangkan mereka hanya memenangi 82 kerusi parlimen, ia masih tidak mencukupi untuk mereka membentuk kerajaan.
Walau bagaimanapun, hari ini merupakan hari bersejaran buat Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah nama beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
Kami di TRP mengucapkan ribuan tahniah di atas pelantikan ini!
BACA JUGA: “Idealisme & Prinsip Perjuangan Tidak Boleh Dijual Beli” – Nurul Izzah Anwar
BACA JUGA: 6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.