Now Reading
“Idealisme & Prinsip Perjuangan Tidak Boleh Dijual Beli” – Nurul Izzah Anwar

“Idealisme & Prinsip Perjuangan Tidak Boleh Dijual Beli” – Nurul Izzah Anwar

Puteri Reformasi itu telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya meluahkan betapa beliau bangga dengan perjuangan bapanya sehingga kini.

Siti Murni
anwar perdana menteri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Media sosial sebentar tadi telah dibanjiri dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai PM-10 dan upacara mengangkat sumpah akan berlangsung pada jam 5 petang.

BACA SINI: PRU15: Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10


Nurul Izzah Luah Rasa Bangga Di Atas Kemenangan Bapanya, Anwar Ibrahim

Susulan berita ini, anak perempuan kepada Anwar, Nurul Izzah yang dikenali sebagai Puteri Reformasi itu telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya meluahkan betapa beliau bangga dengan perjuangan bapanya sehingga kini.

Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan. Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga. Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

Kenyataan Nurul Izzah Anwar menerusi Instagram.

Nurul Izzah menerusi hantaran sama turut berkata bahawa cabaran akan tetap menanti dan selepas upacara mengangkat sumpah, usaha menyatupadukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, serta membina ummah dan bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

I love you, Papa. Am always proud of you – even as vou lav imprisoned as a prisoner of conscience.

Kenyataan Nurul Izzah Anwar menerusi Instagram.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mengakhiri hantaran berkenaan dengan menyatakan hasratnya iaitu, “Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.”

Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaAllah.

Kenyataan Nurul Izzah Anwar menerusi Instagram.

BACA JUGA: 6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd