Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 hari ini mengesahkan kerajaan perpaduan dianggotai oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan GPS selepas mendapat majoriti parlimen.
Beliau bagaimanapun tidak akan menentang mana-mana parti lain yang mahu menyertai gabungan tersebut.
Malah, sidang pertama Parlimen juga telah ditetapkan pada 19 Disember ini dengan dimulakan dengan mengadakan Usul Percaya.
Anwar Bakal Penuhi Janji Tidak Ambil Gaji Sebagai Perdana Menteri
Sumber: Fernando Fong/TRP
Dalam sidang media tersebut Anwar turut memaklumkan bahawa beliau akan memenuhi janjinya sebelum ini untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.
Anwar juga menyatakan hasratnya untuk tidak berkompromi dengan sebarang amalan rasuah melibatkan mana-mana pihak.
Pada masa sama, Anwar turut membuat pengumuman khas akan memberi cuti kepada rakyat Malaysia pada Isnin 28 November ini.
Anwar berkata demikian ketika sidang media sebentar tadi di Kelab Golf Sungai Long.