Now Reading
PRU15: Pencalonan Bakal PM Dilanjutkan Esok Jam 2 Petang #KerajaanBaru

PRU15: Pencalonan Bakal PM Dilanjutkan Esok Jam 2 Petang #KerajaanBaru

YDPA turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini (21 November) telah menzahirkan titah perkenan supaya proses bagi kedua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan sehingga jam 2:00 petang esok (Selasa, 22 November 2022).

Titah perkenan Seri Paduka Baginda itu susulan daripada permohonan daripada ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara sebentar tadi.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat untuk bersabar dan bertenang sehingga proses pembetukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

Kenyataan media oleh Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara.

Baginda dalam masa yang sama menyeru rakyat untuk sama-sama mendoakan semoga proses pembetukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal PM ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar demi kepentingan negara.

Sebelum ini, YDPA telah memberi masa kepada pemimpin parti sehingga jam 2.00 petang hari ini (21 November) untuk berkumpul, mengisytiharkan pakatan, dan bagi mana-mana pihak yang mempunyai cukup kerusi di Parlimen untuk menamakan Perdana Menteri pilihan mereka.

BACA JUGA: Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10

Dalam satu kenyataan, Pengawal Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata di bawah Seksyen 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk membentuk kerajaan baharu dan melantik Perdana Menteri melalui proses ini adalah muktamad.

Perkara ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November mengakibatkan parlimen yang ‘digantung’ tanpa parti atau gabungan mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd