Now Reading
PRU15: “Kita Sokong” – DAP Bersama Keputusan PH Untuk Gabung Dengan BN

PRU15: “Kita Sokong” – DAP Bersama Keputusan PH Untuk Gabung Dengan BN

Parti berkenaan juga akan menyokong sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan tertinggi PH berhubung gabungan bersama parti BN untuk membentuk kerajaan Pusat.

lim guan eng

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, sekitar pagi tadi pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah berkumpul di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur untuk satu perjumpaan yang tidak didedahkan intipatinya.

BACA JUGA: [Dikemaskini] PRU15: Pemimpin PH & BN Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Perjumpaan ‘Rahsia’

Ahli Politik dari parti PH dan BN dilihat bertemu beberapa jam sebelum ‘deadline’ asal yang diberikan oleh Agong iaitu pada pukul 2 petang untuk menamakan calon Perdana Menteri pilihan.

Walau bagaimanapun, ‘deadline’ tersebut telah dilanjutkan kepada esok, 22 November – juga pada jam 2 petang.

BACA SINI: PRU15: Pencalonan Bakal PM Dilanjutkan Esok Jam 2 Petang #KerajaanBaru


PH & BN Miliki Kata Sepakat – Sumber

Sumber dalam DAP dan UMNO berkata persetujuan telah dicapai antara BN dan PH.

Dua individu yang merupakan sumber dalaman memberitahu TRP bahawa syarat perjanjian itu termasuk pengerusi PH dan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri dengan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohammad Hassan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sumber lain turut menambah bahawa perjanjian itu mendapat sokongan GRS, walaupun ianya tidak dapat disahkan.

BACA LANJUT: PRU15: BN & PH Miliki Kata Sepakat – Sumber


DAP Akan Kekal Sokong Keputusan Kepimpinan Tertinggi PH – Lim Guan Eng

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa keputusan yang bakal dibuat adalah keputusan bersama yang mana DAP merupakan sebahagian daripada PH.

Parti berkenaan juga akan menyokong sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan tertinggi PH berhubung gabungan bersama parti BN untuk membentuk kerajaan Pusat.

Kita sebahagian daripada PH, jika ada gabungan (bersama BN) yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi PH, maka kita sokong. Kita bersamalah, bersama dengan keputusan PH untuk buat gabungan dengan BN. Jadi kita sokonglah keputusan yang mereka buat. Saya tidak mahu komen lebih kerana ia adalah keputusan bersama, bukan sahaja (keputusan) dalam CEC malah melibatkan keputusan daripada kepimpinan tertinggi PH.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menerusi Sinar Harian.

Guan Eng ketika ditemui di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Georgetown, Pulau Pinang hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila diutarakan soalan tentang keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat CEC di ibu negara pada Ahad (20 November).


Hishammuddin Tolak Kerjasama Dengan Anwar & DAP

Ahli Parlimen Sembrong dan Bendahari BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tetap dengan penolakannya terhadap Anwar dan DAP, malah sanggup dipecat daripada UMNO oleh disebabkan perkara itu.

Kenyataan itu telah dimuat naik pada jam 11:23 pagi hari ini menerusi Twitter miliknya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd