Now Reading
PRU15: Barisan Nasional (BN) Tolak Isu Perbezaan Sentimen Demi Bentuk Kerajaan Stabil – Zahid

PRU15: Barisan Nasional (BN) Tolak Isu Perbezaan Sentimen Demi Bentuk Kerajaan Stabil – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebentar tadi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan satu kenyataan media di media sosial apabila beliau menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau menganggap keputusan PRU15 ini sebagai isyarat dari rakyat terhadap parti mereka.

Walau bagaimanapun, BN akan tetap akan meneruskan usaha mereka dalam membentuk sebuah kerajaan yang stabil dengan mengenepikan perbezaan sentimen.

BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kami bersedia untuk menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Melihat semula perbezaan undian yang diterima pada PRU15 kali ini, BN akan berbincang semula langkah bagi mengembalikan kekuatan parti mereka dengan menyemak semula cabaran semasa serta cuba memahami keperluan generasi baharu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd