Now Reading
PRU15: Pesakit Kurang Siuman Rampas Dakwat & Jatuhkan Kotak Undi Di Ulu Yam

PRU15: Pesakit Kurang Siuman Rampas Dakwat & Jatuhkan Kotak Undi Di Ulu Yam

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan lelaki berusia 27 tahun itu telah merampas dakwat dan menolak kotak undi sehingga jatuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


19 November merupakan hari bersejarah buat Malaysia kerana kita sekali lagi berpeluang untuk memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), sebanyak 58% rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi setakat jam 2:00 petang tadi.

Lelaki Kurang Siuman Buat Kecoh Di Pusat Mengundi Di Ulu Yam

Satu kekecohan dilaporkan berlaku di sebuah pusat mengundi di Ulu Yam, Hulu Selangor pada hari ini (19 November) melibatkan seorang lelaki didakwa pesakit yang mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan lelaki berusia 27 tahun itu telah merampas dakwat dan menolak kotak undi sehingga jatuh.

Hasil semakan kami mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod sebagai pesakit mental.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan pasukannya. (Sumber: Malaysia Gazette)

Sebelum ini, tiga kes melibatkan pengundi di Kelantan dan Johor yang dilaporkan meninggal dunia di pusat mengundi ketika sedang beratur menunggu giliran mereka.

BACA JUGA: PRU15: Dua Pengundi Wanita Meninggal Dunia Di Pusat Undi Johor


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd