Now Reading
PRU15: Pengundi Di Kota Damansara 2 Dakwa Terpaksa Tunggu 2 Hingga 5 Jam Untuk Mengundi

PRU15: Pengundi Di Kota Damansara 2 Dakwa Terpaksa Tunggu 2 Hingga 5 Jam Untuk Mengundi

Calon Pakatan Harapan (PH) Sungai Buloh iaitu R. Ramanan meluahkan rasa kesal apabila ada pengundi yang terpaksa menahan lapar akibat perlu menunggu lama untuk membuang undi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengundi Sungai Buloh di pusat mengundi Kota Damansara 2 didakwa terpaksa menunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum mereka berpeluang untuk membuang undi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Sungai Buloh iaitu R. Ramanan berkata ramai yang pulang seorang demi seorang kerana sudah tidak mampu menahan sabar.

Calon PKR tersebut telah mengambil tindakan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana isu para pengundi perlu beratur panjang dalam tempoh yang agak lama.

Memetik laporan Sin Chew, beliau berkata bahawa masalah itu hanya berlaku di daerah ke-6 dan ke-8 Kota Damansara yang melibatkan saluran 4 dan 6.

Beliau mendakwa dua saluran di daerah terjejas telah menyokong Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya nasional 2013 dan 2018.

Ketika melawat sekitar pusat mengundi berkenaan, beliau meluahkan rasa kekecewaan dan kemarahan pengundi kerana masalah ini mempunyai kaitan dengan integriti institusi yang bertanggungjawab terhadap proses demokrasi negara.

Katanya ada sebilangan pengundi tidak makan pagi dan terpaksa menahan lapar.

Ramanan turut gelisah apabila pegawai SPR cuba menjelaskan situasi itu kepadanya.

Kita tidak boleh membiarkan diri kita dipermainkan dengan proses yang menyusahkan rakyat. Pihak mereka perlu memastikan semua calon PRU bertanggungjawab tanpa prejudis.

Pengundi di Sungai Buloh iaitu R.Ramanan meluahkan rasa kekesalannya terhadap SPR.

Ramanan merupakan calon yang bersaing tujuh penjuru untuk kawasan kubu kuat PKR. Antara ‘lawan’ yang turut bertanding di lokasi itu ialah Khairy Jamaluddin dari Barisan Nasional (BN).

Penyandangnya R. Sivarasa memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti lebih 26,000 undi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd