Now Reading
PRU15: MySPR Semak Alami Gangguan Selepas 2.5 Juta Pengguna ‘Masuk’ Dalam Satu Saat

PRU15: MySPR Semak Alami Gangguan Selepas 2.5 Juta Pengguna ‘Masuk’ Dalam Satu Saat

Sebagai langkah alternatif, para pengundi boleh mendapatkan maklumat pengundian anda dengan menghubungi talian SPR di 03-8892 7218 atau menyemak dibarung SPR di semua pusat mengundi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memperlihatkan sebanyak 65% peratus rakyat Malaysia telah keluar mengundi setakat jam 3:00 petang hari ini (19 November).

Beberapa hari lalu sehingga hari pengundian pada hari ini, MySPR Semak menjadi tumpuan ramai bagi menyemak maklumat serta memastikan mereka berada di pusat mengundi yang betul.

Hal ini telah menyebabkan laman web serta aplikasi MySPR Semak telah mencapai trafik penggunaan yang terlampau tinggi sehingga melepasi 2.5 juta pengguna dalam tempoh satu saat.

Keadaan ini menyebabkan capaian aplikasi dan portal MySPR Semak mengalami gangguan.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy), pihak mereka juga dilaporkan memaksimakan penggunaan server sedia ada bagi mengatasi masalah tersebut.

Sebagai langkah alternatif, para pengundi boleh mendapatkan maklumat pengundian anda dengan menghubungi talian SPR di 03-8892 7218 atau menyemak dibarung SPR di semua pusat mengundi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd