Now Reading
PRU15: Video Ucapan Muhyiddin Terima Kecaman Di Media Sosial

PRU15: Video Ucapan Muhyiddin Terima Kecaman Di Media Sosial

Muhyiddin dalam masa yang sama turut menekankan bahawa sebahagian besar nyawa rakyat Malaysia terselamat dan diselamatkan oleh langkah tindakan cepat kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 14 November lalu, sebuah video yang dimuat naik oleh Astro Awani menerusi Twitter telah hangat diperkatakan oleh pengguna media sosial.

Video berkenaan menunjukkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berucap di dalam satu majlis keramaian menyebut tentang vaksin Covid-19 serta nyawa rakyat Malaysia yang terselamat akibat virus tersebut.

Berkat doa saudara dan saya sendiri, waktu saya menerajui negara sebagai Perdana Menteri, hari ini kita katakan Malaysia telahpun hampir-hampir keluar pada tahap endemik selepas pandemik lebih dua tahun.

Ucapan Bekas Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam masa yang sama turut menekankan bahawa sebahagian besar nyawa rakyat Malaysia terselamat dan diselamatkan oleh langkah tindakan cepat kerajaan Perikatan Nasional.

Semua yang hadir di sini sudah dapat suntikan vaksin? Dalam badan saudara ada sumbangan kerajaan Perikatan Nasional mengurus duit saudara supaya nyawa saudara terselamat. Alhamdulillah.

Ucapan Bekas Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Ucapan Muhyiddin Undang Kecaman Rakyat

Meskipun konteks ucapan Muhyiddin pada ketika itu diterima dan diambil positif oleh segelintir individu yang hadir di majlis berkenaan, carian kami di media sosial turut mendapati sebahagian rakyat Malaysia dilihat tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan ucapannya.

Rata-rata daripada mereka dilihat ‘mengorek’ kembali data Covid-19 di Malaysia pada tahun 2020 yang menunjukkan trend menaik bermula daripada Januari sehingga Oktober 2020.

Selama berbulan-bulan kami mengharungi PKP. Kami mengorbankan rancangan kami. Kami mematuhi SOP. Kami melandaikan keluk pandemik. Tetapi kerana ketamakan mereka. Mereka menukar SOP mengikut kesesuaian diri mereka. Dan lihat apa yang berlaku. Mereka menggandakan kes dalam satu bulan. Tetapi ya. It’s Rakyat who tak patut SOP.

Pengguna Twitter.

Malah, ada juga pengguna Twitter lain tampil membalas video ucapan tersebut dengan mengatakan, “Beberapa bilangan sahaja yang meninggal itu adalah mak, kakak, dan abang saya. PRN Sabah adalah punca kes Covid-19 naik mendadak. Saya redha, tapi saya takkan lupa sampai saya mati,” tegasnya.

Persoalan lain turut dilontarkan oleh beberapa orang rakyat Malaysia di mana mereka mengatakan Muhyiddin seharusnya bertanyakan soalan seperti, “Dalam keluarga saudara ada tak termasuk dalam 36,000 yang meninggal dunia akibat tindakan kerajaan Perikatan Nasional melambat-lambatkan sidang parlimen guna alasan tercirit masa pandemik hari itu?”

Perdebatan tentang konteks ucapan bekas perdana menteri ke-8 itu sememangnya dilihat kian hangat dibahaskan di media sosial ketika ini. Rata-rata daripada rakyat Malaysia dilihat begitu berang dan tidak berpuas hati apabila nyawa rakyat dijadikan ‘point’ untuk meraih undi.

Malah, ada juga yang menjelaskan bahawa perkara tersebut bukanlah sumbangan, sebaliknya tanggungjawab pemerintah.


Untuk rekod, Tan Seri Muhyiddin Hassin merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan telah dilantik pada 29 Februari 2020 dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 berikutan perletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir pada 24 Februari 2020.

Kredit: Facebook/ts.muhyiddin

Muhyiddin telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – diikuti dengan 14 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu dan kesemua 115 Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri daripada PH, Parti Warisan Sabah, Parti Pejuang Tanah Air, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Bebas.

Muhyiddin telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan, 2 minggu dan 1 hari.

BACA JUGA: PRU15: “No Anwar, No DAP” – Kata Ismail Sabri Tentang Isu BN Gabung Dengan PH

BACA JUGA: 6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]

BACA JUGA: PRU15: Ismail Sabri Mahu Kecilkan Kabinet Jika Kembali Sebagai Perdana Menteri


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd