Now Reading
PRU15: “Kami Hormat Keputusan Malaysia Perlu PM Bangsa Melayu, Tapi Biarlah Berwibawa” – DAP

PRU15: “Kami Hormat Keputusan Malaysia Perlu PM Bangsa Melayu, Tapi Biarlah Berwibawa” – DAP

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook beri pendapat Perdana Menteri berbangsa Melayu itu perlulah berintelektual seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kali ini memperlihatkan banyak ‘teori’ yang disebarkan seperti pembentukan Kabinet Perpaduan Malaysia 2022 yang sebenarnya palsu dan tidak benar sama sekali.

Dalam gambar yang tular itu, dilihat Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri disandang oleh tiga individu termasuklah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Penasihat DAP Lim Guan Eng.

Malah, dakwaan kononnya beberapa parti politik akan bergabung untuk bekerjasama dalam memimpin Malaysia juga banyak diperkatakan.

BACA JUGA: PRU15: ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ Tular Dengan Anwar Ibrahim Sebagai PM Adalah Palsu

Sumber: Astro Awani

DAP Akui Malaysia Perlu Perdana Menteri Berbangsa Melayu Yang Berkaliber

Memetik laporan Astro Awani, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan menjelaskan parti mereka menghormati keputusan di mana Malaysia perlu dipimpin oleh Perdana Menteri berbangsa Melayu.

"Kami Hormat Keputusan Malaysia Perlu Pemimpin Bangsa Melayu, Tapi Biarlah Berwibawa" - DAP
Sumber: Instagram/@lokesiewfook

Namun bagi mereka, pemimpin tersebut perlulah datang daripada latar belakang yang meyakinkan serta mempunyai ciri-ciri yang berkelayakan tinggi bagi menggalas tanggungjawab bagi mentadbir negara.

Saya beritahu kepada rakan-rakan Melayu bahawa kami dalam DAP ini menerima dan menghormati keputusan di mana Malaysia perlu berada di bawah pimpinan Perdana Menteri berbangsa Melayu. Tetapi kami mahukan pemimpin Melayu yang berwibawa, jujur dan berintelektual seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya negara kita dipandang tinggi.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Tambah Loke lagi, politik perkauman seharusnya dihentikan kerana kejayaan mana-mana bangsa di negara ini merupakan kejayaan Malaysia yang diraikan bersama.

Loke berkata demikian ketika berucap dalam Grand Finale Jelajah Mega Pakatan Harapan (PH) di Keramat malam semalam (16 November).

BACA JUGA: PRU15: ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ Tular Dengan Anwar Ibrahim Sebagai PM Adalah Palsu

BACA JUGA: PRU15: Video Ucapan Muhyiddin Terima Kecaman Di Media Sosial

BACA JUGA: PRU15: “No Anwar, No DAP” – Kata Ismail Sabri Tentang Isu BN Gabung Dengan PH


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd