Now Reading
PRU15: ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ Tular Dengan Anwar Ibrahim Sebagai PM Adalah Palsu

PRU15: ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ Tular Dengan Anwar Ibrahim Sebagai PM Adalah Palsu

Poster palsu menunjukkan Kabinet Perpaduan Malaysia 2022 yang tersebar itu juga tertera menulis ‘Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022-2027’.

Kabinet-Perpaduan-Malaysia-2022-Tular-Dengan-Anwar-Ibrahim-Sebagai-PM-Adalah-Palsu-1

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Debaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berbaki beberapa hari lagi ini semakin terasa dengan kempen parti politik semakin rancak bagi menawan hati rakyat.

Malah pelbagai ‘teori’ politik yang tersebar di media sosial seperti gabungan beberapa parti politik untuk membentuk kerajaan baharu pada penggal seterusnya bagi mentadbir Malaysia.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kabinet Perpaduan Malaysia 2022 Adalah Palsu

Baru-baru ini, tular dakwaan di mana Kabinet Perpaduan Malaysia 2022 telah dibentuk melibatkan gabungan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam gambar yang tular itu, dilihat Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri disandang oleh tiga individu.

Antaranya ialah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Sumber: Astro Awani)

Pada masa sama, gambar itu juga tertera menulis ‘Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022-2027.

Walau bagaimanapun, gambar yang tular itu dianggap palsu selepas setiap parti politik menegaskan pendirian mereka untuk tidak mengadakan sebarang gabungan seperti diperkatakan.

Sumber: Astro Awani

Memetik laporan Utusan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berpendapat carta kabinet tersebut mungkin dibuat oleh ‘mamat tepi jalan’.

Mungkin selepas ini akan banyak lagi Kabinet Bayangan, Kabinet Bunian serta Kabinet carca-marba yang dibentuk oleh ‘mamat tepi jalan’. Kami menegaskan memang tiada perbincangan tentang pembentukan kabinet ini dan boleh jadi mereka ini hanya berniat jahat untuk mengganggu perasaan pengundi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. (Sumber: FMT)

Poster Kabinet Perpaduan Malaysia 2022 Jadi Isu Hangat Di Media Sosial

Poster palsu melibatkan dakwaan pembentukan kerajaan akan datang telah tersebar di media sosial dan menjadi perdebatan dalam kalangan orang ramai.

Sebelum ini, pernah tular tentang dakwaaan di mana Barisan Nasional akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi dinafikan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Perhimpunan Agung UMNO.

BACA JUGA: PRU15: “No Anwar, No DAP” – Kata Ismail Sabri Tentang Isu BN Gabung Dengan PH

BACA JUGA: 6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]

BACA JUGA: PRU15: Ismail Sabri Mahu Kecilkan Kabinet Jika Kembali Sebagai Perdana Menteri


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd