PRU15: Hampir Seluruh Malaysia Bakal Ribut Petir Petang Hari Mengundi
MetMalaysia menasihati para pengundi untuk merancang perjalanan mereka ketika keluar mengundi pada Sabtu (19 November) ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada dua bulan lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan bahawa Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan bermula pertengahan bulan November yang boleh membawa kepada banjir besar.
Meskipun ramalan musim hujan akan melanda penghujung tahun ini, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih tetap dijalankan bagi memilih pimpinan baharu untuk mentadbir Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui telah mengeluarkan ramalan bahawa seluruh Malaysia dijangka akan ribut petir di sebelah petang pada Sabtu, 19 November iaitu hari pengundian.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia turut melaporkan beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor akan mengalami hujan pada awal pagi.
Kelantan dan Terengganu pula diramalkan akan hujan sepanjang hari manakala cuaca di negeri-negeri sebelah utara pula dijangka baik di sebelah pagi.
MetMalaysia tidak menjangkakan taburan hujan lebat yang luar biasa bagi negeri Kelantan dan juga Terengganu. Meskipun ribut petir dijangka berlaku hampir di seluruh Malaysia, tetapi tiada ianya hanya ribut petir biasa.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui.
Berikutan itu, para pengundi dinasihati untuk merancang perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.
Untuk maklumat terkini pada hari kejadian, anda boleh semak dI media sosial dan laman web juga Jabatan Meteorologi Malaysia.
BACA JUGA: MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November
BACA JUGA: [Video] Warga Shah Alam & Klang Kongsi Kawasan Mula Naik Air Sejak Semalam Akibat Hujan Lebat
BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.