Now Reading
PRU15: “Go Vote!” – Pelawak Terkenal Gesa Rakyat Malaysia Untuk Mengundi

PRU15: “Go Vote!” – Pelawak Terkenal Gesa Rakyat Malaysia Untuk Mengundi

Pelawak terkenal di Malaysia mengeluarkan video di laman Instagram untuk menggesa rakyat Malaysia mengundi pada PRU15, 19 November nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, komedi akan membuat kita ketawa, tetapi komedi yang baik juga membuat kita berfikir. Pelawak mungkin menyampaikan jenaka di atas pentas, tetapi ini tidak bermakna mereka hanya tahu melawak sahaja, kan?

Baru-baru ini, beberapa orang pelawak popular di Malaysia telah bersatu untuk mencipta sebuah PSA dengan membawa satu mesej mudah: pergi mengundi.

13 pelawak kegemaran ramai seperti Harith Iskander, Dr Jason Leong, Kavin Jay, Sim Tong, Douglas Lim dan ramai lagi dilihat melakukan aksi berunsur bukan jenaka untuk menyampaikan mesej mengenai topik yang serius.

It’s your right, and you already have so few rights!

Harith Iskandar.

Don’t Let Malaysia Sink“, kata para pelawak – dalam menekankan kepentingan tentang pendirian setiap individu dan juga menghantar undi.

Video itu disiarkan oleh Crackhouse Comedy Club yang pernah hangat diperkatakan pada awal tahun ini apabila ianya diarahkan tutup buat sementara waktu selepas terlibat dalam kontroversi video menghina agama Islam.

BACA LANJUT: Crackhouse Comedy Club ‘Diserang’, Penuh Dengan Contengan & Simbahan Cat

Sumber: The Vibes

Sebab itulah pentingnya mengundi, ini kerana kerajaan seterusnya akan menyelaraskan segala-galanya daripada dasar kepada masa depan negara. Jadi tiada sebab untuk kita sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil berat.

Anda mungkin tidak mengambil berat tentang politik, tetapi politik mengambil berat tentang anda.

Dr Jason Leong.

Mengundi adalah sesuatu yang serius. Vote first, joke later.

BACA JUGA: PRU15: Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi Adalah Dilarang – SPR

BACA JUGA: PRU15: Majikan Tak Beri Kebenaran Mengundi Boleh Didenda RM5k Atau Penjara Setahun

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd