Now Reading
PRU15: Presiden PKR Anwar Ibrahim Isytihar Harta RM11.2 Juta

PRU15: Presiden PKR Anwar Ibrahim Isytihar Harta RM11.2 Juta

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan kepada semua calonnya yang bertanding dalam Piliharan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjelang Piliharan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, ramai calon yang bertanding telah giat aktif berkempen dan menawarkan pelbagai manifesto kepada orang awam.

Antara yang turut tidak ketinggalan cuba untuk memikat hati rakyat dengan memberi pelbagai tawaran adalah Perikatan Nasional (PN) dan juga Pakatan Harapan (PH).

BACA JUGA: PRU15: Ini Manifesto Pakatan Harapan (PH) Untuk Tawan Hati Rakyat Malaysia

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Isytihar Harta

Semalam (9 November), Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM11.2 juta.

Memetik laporan Sinar Harian, RM10.4 juta hartanya itu merupakan pemilikan empat unit hartanah yang telah dibeli antara tahun 2005 sehingga 2022.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Sumber: MalayMail)

Berdasarkan dokumen yang merekodkan pengisytiharan harta beliau, salah satu aset hartanah yang dimiliki adalah di Segambut Dalam, Kuala Lumpur yang dibeli dengan harga RM4 juta secara tunai.

Antara aset-aset hartanah miliknya yang lain adalah:

  • Tanah di Port Dickson, Negeri Sembilan (RM1,000,000).
  • Tanah di Bentong, Pahang (RM300,000).
  • Tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (RM50,000).

Selain itu, jumlah keseluruhan aset tunai dan simpanan Anwar dalam institusi kewangan serta akaun pelaburan adalah bernilai RM828,668.

Anwar turut menjelaskan pendapatannya sebagai wakil rakyat pula berjumlah RM21,756.

Sebelum ini, PKR telah menetapkan kepada semua calonnya yng bertanding dalam PRU15 untuk mengisytiharkann harta masing-masing.

BACA JUGA: PRU15: Perikatan Nasional (PN) Tawar Pelbagai Manifesto Untuk Pikat Hati Rakyat

BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd