Now Reading
Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

Hukum umat Islam untuk keluar mengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah bergantung kepada calon-calon yang bertanding.

Farahin Fadzil
Hukum Mengundi Dalam Pilihan Raya. Wajib Ke Tidak?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 19 November 2022, rakyat Malaysia diseru untuk sama-sama turun mengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi melantik pucuk pimpinan kerajaan yang baharu bagi mentadbir Malaysia.

Antara calon-calon terkenal yang turut serta bertanding pada PRU15 kali ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ramai lagi.

BACA JUGA: PRU15: Calon Termuda Bertanding Berusia 23 Tahun & Mahathir Kekal Paling ‘Senior’

Buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia menyaksikan pertukaran kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh kurang dari lima tahun.

Apakah Hukum Turun Mengundi Dalam Islam?

Disebabkan ketidakstabilan politik ini, keadaan tersebut pastinya mengelirukan rakyat untuk memilih pemimpin yang terbaik bagi mentadbir negara sehingga ada yang terfikir tidak mahu turun mengundi pada pilihan raya akan datang.

Baru-baru ini, seorang penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagi UAI telah memuat naik satu video di laman TikTok miliknya (@ustazazharidrus) menjelaskan hukum mengundi dalam di sisi agama Islam.

Dalam video tersebut, Ustaz Azhar Idrus memberitahu hukum mengundi sama ada wajib atau tidak bergantung kepada calon-calon yang bertanding.

Bayangkan sekiranya ada berdepan dua situasi seperti berikut:

  • Situasi 1: Kedua-dua calon yang bertanding mempunyai latar belakang yang bagus dan ingin menyebarkan kebaikan serta mengutamakan keadilan. Maka hukum mengundi adalah TIDAK WAJIB kerana kemakmuran kawasan berkenaan masih terpelihara.
  • Situasi 2: Seorang calon ingin melakukan kemungkaran manakala seorang lagi calon ingin menyebarkan kebaikan kepada negara. Maka hukum mengundi adalah WAJIB kerana perlu memastikan calon yang ingin membuat kemungkaran tidak memimpin negara.

Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan tidak kiralah calon tersebut individu beragama Islam atau tidak, selagi agama Islam terpelihara dan ingin menyebarkan nilai-nilai kebaikan, maka tidak salah untuk mengundi calon tersebut.

@ustazazharidrus

Hukum Mengundi Dalam Islam – Ustaz Azhar Idrus @Ustaz Azhar Idrus #fyp #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #foryou #pru15

♬ Calm Humming – Nasheed

Memetik laporan Astro Awani, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang juga menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi kerana ianya merupakan satu kewajipan dan keengganan untuk mengundi boleh menjadi berdosa.

Tanpa proses pengundian, pemerintahan sesebuah negara serta perlembagaan tidak dapat dibentuk. Oleh itu, proses mengundi menjadi perkara paling penting bagi pembuat dasar negara.

Menurut sumber dari Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini selaras dengan kaedah berikut:

مَا لَا يَتِمُّ الوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya: Perkara yang tidak sempurna satu kewajipan melainkan dengan perkara tersebut maka perkara tersebut adalah wajib.

Sumber: Malay Mail

Kesimpulan

Dalam bahasa mudahnya, proses pengundian itu WAJIB dilaksanakan oleh semua masyarakat yang terlibat kerana tanpa proses ini, wakil rakyat, menteri dan pemerintah sesebuah negara tidak dapat dilantik.

Walau bagaimanapun, proses undian boleh menjadi HARAM sekiranya ada yang sengaja berniat untuk melakukan undi rosak.

Berdasarkan kepada kepentingan pelantikan pemerintah, makanya kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram hukumnya merosakkan undi. Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi. 

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

BACA JUGA: PRU15: NGO ‘Offer’ Bas Percuma Untuk Balik Mengundi Ke 8 Lokasi Sekitar Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd