Now Reading
PRU15: Pengundi Baharu, Ini Maklumat Penting Untuk Anda Sebelum Keluar Mengundi!

PRU15: Pengundi Baharu, Ini Maklumat Penting Untuk Anda Sebelum Keluar Mengundi!

Paling penting sekali, sebelum keluar mengundi pastikan bawa kad pengenalan yang sah dan ingat saluran mengundi masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah pada 19 November 2022 iaitu pada hari Sabtu.

Tarikh pengundian awal pula telah ditetapkan pada Selasa 15 November 2022 manakala Hari Penamaan Calon sudah pun berlangsung pada Sabtu (5 November) lalu.

BACA JUGA: GE15: What’s been happening so far?

Sumber: Malay Mail

Jikalau anda merupakan pengundi baharu yang bakal keluar mengundi pada 19 November nanti, di sini kami menyenaraikan beberapa maklumat penting buat pengundi kali pertama/baru yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (Mohammad Faeez Harith).


Maklumat Penting Buat Pengundi Baharu PRU15:

  • Pusat Mengundi:
    • Ini tempat anda akan buang undi. Tak boleh suka-suka tukar dan pusat mengundi tak semestinya sama bagi setiap PRU/PRN/PRK. Semuanya terserah kepada ketetapan SPR.
  • Saluran:
    • Saluran ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan ketika membuang undi maka pemilih dikelompokkan mengikut saluran berdasarkan bancian penduduk yang dibuat setiap sepuluh tahun sekali. Setiap saluran ditetapkan untuk tidak melebihi 750 orang pengundi. (Kecuali pada saluran yang dikhususkan pada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) ia dihadkan pada jumlah 450 orang pengundi).
    • Biasanya nanti beratur terus ikut saluran masing-masing, tapi masih bergantung pada pusat mengundi yang anda pergi. Kalau pusatnya besar biasa polis/RELA akan suruh terus beratur ikut saluran masing-masing. Jadi sila ingat saluran sendiri.
  • Bilangan:
    • Ini menunjukkan kedudukan nama anda dalam senarai besar Daftar Pemilih. Apabila masuk ke ruangan membuang undi, kad pengenalan akan diserahkan kepada pegawai bertugas dan mereka akan membuat semakan dalam Daftar Pemilih, setelah berpuas hati dengan maklumat dalam kad pengenalan itu sama dengan pemiliknya maka baru pengundi akan diminta mencelupkan jari ke dakwat kekal sebelum diberi kertas undi. Petugas kemudian akan membacakan bilangan, nama dan nombor kad pengenalan untuk makluman pemerhati dan ejen pengundian (PACA).
  • Masa/Waktu Keluar Mengundi Yang Disarankan:
    • Ini adalah tambahan baru yang dibuat SPR sejak beberapa PRN/PRK lepas. Masa yang diberi ini sekadar CADANGAN berdasarkan nombor bilangan anda mengundi. Kalau datang lebih awal atau lambat daripada masa yang dah dicadangkan boleh jadi tempoh beratur lebih panjang. Terserahlah nak turun bila asalkan sebelum pusat mengundi ditutup, yang kebiasaannya ditutup sekitar jam 5-6 petang dan jarang-jarang terjadi ia ditutup lebih awal atau lebih lewat, bergantung situasi.
  • Pakai Pakaian Yang Bersesuaian:
    • Pakai pakaian yang bersesuaian dan sopan ketika mengundi dan DILARANG SAMA SEKALI memakai pakaian yang memaparkan logo mana-mana parti atau pihak yang bertanding atau muka calon yang bertanding.J ika tidak, anda boleh disuruh balik dan tak dibenar buang undi.

Yang paling penting adalah sila bawa kad pengenalan yang asal. Jika kad pengenalan hilang sebelum hari mengundi, anda boleh mendapatkan kad pengenalan sementara daripada pihak JPN, diikuti dengan laporan polis.

Selamat mengundi!

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd