Now Reading
PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

Sebelum keluar mengundi pada PRU15 nanti, pastikan semak kesemua checklist yang kami sediakan ini!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah pada 19 November 2022 iaitu pada hari Sabtu.

Tarikh pengundian awal pula telah ditetapkan pada Selasa 15 November 2022 manakala Hari Penamaan Calon akan dijalankan pada Sabtu 5 November 2022.

Sumber: Malay Mail

Memandangkan 19 November semakin hampir, kami tahu pasti ramai yang sedang sibuk untuk membuat persiapan mental, fizikal dan sebagainya bagi memastikan kita sebagai rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab demi negara tercinta.

Tapi dalam pada itu, anda juga harus bersedia sebelum pergi mengundi ya!

Di bawah kami menyediakan beberapa tips berguna untuk mereka yang bakal mengundi sempena PRU15 akan datang:

1. Sehari Sebelum Mengundi, Tidur Awal!

Buat mereka yang sudah menyemak di manakah Daerah Mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri di bawah Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan menerusi portal MySPR, pastikan anda mendapatkan rehat yang mencukupi jikalau lokasi mengundi jauh dari kediaman anda.

Contohnya tempat mengundi adalah di kawasan Wangsa Maju dan anda tinggal di Klang – anda disarankan untuk rancang perjalanan dan pastikan tidur awal pada malam sebelum hari mengundi nanti!

2. Kad Pengenalan (IC) & Dokumen Sah Lain Jangan Lupa Bawa

Kad pengenalan diri juga jangan lupa untuk bawa. Perkara ini jarang-jarang berlaku, ini kerana majoriti akan meletakkan IC di dalam dompet. Tapi untuk selamat, double/triple check sebelum keluar rumah untuk mengundi.

Dokumen Pengenalan Diri Tambahan Yang Boleh Dibawa Serta:

  1. Pasport Malaysia.
  2. Lesen Memandu berserta Gambar.
  3. Kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana agensi kerajaan dengan nama pemegang, nombor dan gambar.

3. Mengenakan Pakaian Sopan & Tidak Menjolok Mata

Meskipun tiada dress-code yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanapun pengundi akan dihalang daripada memasuki dewan undi jika didapati memakai pakaian atau kelengkapan yang memaparkan nama calon, simbol parti, politik, atau logo pada hari mengundi.

Dan kalau boleh elakkan memakai pakaian yang menjolok mata. Nanti tak pasal-pasal dihalau keluar dewan dan tidak dibenarkan mengundi pula.

Untuk mengesahkannya, anda boleh menghubungi 03-88927018 untuk mengetahui informasi tepat dan sahih berkenaan PRU15 nanti.

4. Kekal Hidrasi, Kekal Kering!

Sejak kebelakangan ini, cuaca juga tidak menentu. Kadang-kala panas bertukar hujan. Oleh yang demikian, anda disarankan untuk membawa payung dan air mineral ketika beratur menunggu giliran mengundi.

5. Jangan Percaya Mesej Dari ‘Grup Sebelah’, Pastikan Ianya Sahih!

Seperti sedia maklum, emosi setiap orang akan berubah pada hari mengundi kelak. Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan individu yang bertanggungjawab – anda disarankan untuk tidak mudah percaya dan menyebarkan khabar angin yang tidak sahih daripada grup sebelah ataupun media sosial.

Nak baca, boleh. Tapi sebelum mengetahui kesahihannya, jangan sebar lagi.


Prosedur Mengundi Pada PRU15:

1. Tidak dibenarkan masuk ke ruangan mengundi sehingga diberitahu oleh petugas yang ditempatkan di pintu masuk.

2. Serahkan MyKad atau dokumen pengenalan diri yang sah serta dan slip pengesahan kepada Kerani Pengundian Pertama. Pastikan tiada kesan dakwat kekal pada jari dengan menunjukkan tangan anda untuk diperiksa.

3. Terus ke pekerja tinjauan seterusnya. Letakkan jari anda dalam dakwat kekal sementara menunggu nama dipanggil.

4. Pekerja pengundian pertama akan merekodkan nama dan nombor pendaftaran anda dalam buku daftar pemilih selepas jari dicelup dengan dakwat kekal. Kemudian, kertas undi akan diedarkan oleh pekerja pengundian ketiga.

5. Pergi ke bilik mengundi dan tandakan “X” pada ruangan satu calon sahaja di atas kertas undi anda.

6. Letakkan kertas undi untuk Dewan Undangan Negeri (jika berkaitan) dan Parlimen di dalam peti undi yang disediakan.

7. Beredar dari tempat mengundi.

Rakyat Malaysia sekalian, buatlah pilihan yang sebaiknya untuk negara kerana setiap undi mampu mengubah segalanya. Ambil masa yang secukupnya untuk berfikir dan membuat keputusan.


BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami

BACA JUGA: Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda

BACA JUGA: PRU15: Cara Mohon Undi Pos


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd