Now Reading
Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda

Nak Beli Tiket Flight Balik Mengundi PRU15? Ini 5 Tips Untuk Anda

Gara-gara lonjakan harga tiket penerbangan yang mendapat bantahan orang ramai, sesetengah syarikat penerbangan menawarkan diskaun sehingga 20% bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022, tiket penerbangan domestik dilihat semakin melonjak naik sehingga dua kali ganda.

BACA JUGA: SPR Umum Tarikh Mengundi PRU15 Pada 19 November 2022

Ramai yang mengadu harga tiket penerbangan untuk pulang mengundi di kampung halaman agak tidak masuk akal.

Kebiasaannya syarikat penerbangan akan menaikkan harga tiket mereka pada musim tertentu sahaja seperti sambutan perayaan dan tarikh penting yang lain.

Memandangkan PRU ini dilakukan bertujuan untuk kemakmuran negara, orang ramai berpendapat bahawa diskaun dan harga siling perlu ditetapkan bagi tiket penerbangan demi meringankan juga beban rakyat yang perlu pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Mavcom Akan Campur Tangan Jika Harga Tambang Penerbangan Dinaikkan Sesuka Hati

Menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan mengawal selia harga tiket penerbangan sekiranya syarikat penerbangan didapati menaikkan harga mereka pada musim PRU15.

Sumber: Yusof Mat Isa/Malay Mail

Beliau juga menjelaskan harga tiket penerbangan lazimnya akan meningkat mengikut mekanisme Harga Dinamik sekiranya terdapat acara yang melibatkan pergerakan penumpang yang banyak.

Berdasarkan mekanisme harga dinamik untuk mana-mana syarikat penerbangan di dunia, harga tiket akan menjadi lebih murah jika dibeli dengan lebih awal. Tetapi jika anda membeli tiket pada saat akhir, harganya akan lebih mahal.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sesetengah Syarikat Penerbangan Tawar Diskaun

Selepas mendapat bantahan dari orang ramai, beberapa syarikat penerbangan menawarkan diskaun dan tawaran bagi meringankan beban pengundi untuk pulang ke kampung halaman mereka.

Menurut laporan The Edge Markets, Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi membantu pergerakan pengundi untuk PRU15 tidak lama lagi.

Tawaran diskaun ini dilakukan di bawah kempen ‘Jom Balik Mengundi’ dan diskaun 20% itu terpakai untuk semua kategori tambang seperti berikut:

  • Lite
  • Basic
  • Flex Untuk Kelas Ekonomi (Economy Class)
  • Basic Untuk Kelas Perniagaan (Business Class)
  • Flex Untuk Kelas Pernigaan (Business Class)

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa penumpang boleh menempah tiket bermula semalam (20 Okt) sehingga 19 Nov untuk perjalanan di antara tarikh 11 dan 27 November 2022.

Malaysia Airlines juga akan menambah 26 penerbangan tambahan dan mengendalikan 16 penerbangan domestik dengan pesawat A330 yang bersaiz lebih lebar bagi memenuhi permintaan yang meningkat di beberapa laluan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sumber: klia2.info

Selain itu, Firefly Airlines turut menawarkan sehingga 70 penerbangan tambahan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih dari 17 hingga 20 November, dengan tambang diskaun sebanyak 24% dan 10% masing-masing untuk penerbangan jet dan ATR.

Anda boleh mendapatkan promosi ini dengan mula membuat tempahan dari Khamis (20 Oktober) hingga 24 Oktober bagi perjalanan dari 1 November hingga 30 Jun tahun depan.

Kami bersedia untuk memenuhi peningkatan dalam penerbangan dengan menawarkan perjalanan yang lancar dan selamat untuk para penumpang kami. Anda semua digalakkan untuk menggunakan promosi yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines, Firefly atau MASWINGS ini sebaik mungkIn dengan membuat tempahan tiket lebih awal.

Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia.

Tips Untuk Beli Tiket Penerbangan

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial juga berkongsi tips untuk menangani kenaikan harga penerbangan semasa Pilihan Raya Umum.

Antara yang dicadangakn oleh seorang pengguna Twitter (Yana) adalah dengan menunggu seminggu sebelum hari pengundian untuk membeli tiket kerana dikatakan harga mungkin akan turun lebih murah.

Seorang lagi pengguna Twitter (@azuanzahdi) juga berkongsi tips untuk membeli tiket penerbangan dengan harga mampu milik.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

  • Buat semakan di beberapa laman web seperti Google Flight, Skyscanner, Kayak, Trip.com dan Laman Web Rasmi Syarikat Penerbangan.
  • Jangan terlalu berharap agar syarikat penerbangan tambang murah akan sentiasa memberikan harga rendah tanpa sebarang caj tersembunyi.
  • Beli tiket pergi balik dari laman web yang berbeza. Setiap satunya dibeli hanya untuk ‘one-way’ sahaja.
  • Tiada jaminan tetapi anda boleh menunggu penerbangan tambahan dan harga siling yang ditetapkan.
  • Tebus kad kredit dan mata terkumpul anda dalam syarikat penerbangan tersebut.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd