Now Reading
Tengku Zafrul Gesa Rakyat Rebut Peluang Dari Kerajaan Apabila Bajet 2023 Dilaksanakan

Tengku Zafrul Gesa Rakyat Rebut Peluang Dari Kerajaan Apabila Bajet 2023 Dilaksanakan

Pihak kerajaan dalam masa yang sama turut mencadangkan agar kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17% kepada 15%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, hari ini (20 Oktober) telah berlangsungnya Karnival Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor yang dianjurkan di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, Kuala Selangor.

Karnival ini telah dihadiri lebih 10,000 jemputan dari kalangan usahawan, anggota koperasi, penjaja dan peniaga kecil, dan anggota Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Negeri Selangor.

Beberapa usahawan dan koperasi telah menerima bantuan pembiayaan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM486 juta daripada agensi-agensi di bawah KUSKOP iaitu:

  • TEKUN Nasional.
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
  • Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).
  • SME Corp. Malaysia.
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
  • Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
  • Bank Rakyat.
  • UDA Holdings Berhad.  

Kerajaan Sentiasa Responsif Untuk Bantu Keluarga Malaysia

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapan beliau menjelaskan bahawa pihak kerajaan sentiasa responsif dalam  membantu Keluarga Malaysia termasuklah para usahawan melalui pelbagai pakej bantuan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM530 bilion, serta Bajet 2021 dan Bajet 2022 dengan nilai keseluruhannya melebihi RM650 bilion.

Semasa penyediaan Bajet 2023, saya sendiri turun padang berjumpa dengan ramai peniaga kecil dan besar. Dari makcik menjaja sayur, pengusaha kedai makan, hinggalah ke perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai pasaran di ASEAN. Rata-rata, mereka melahirkan rasa bersyukur dapat berniaga semula. Malah ada yang mampu  mengembangkan lagi perniagaan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi ucapan di Karnival Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia.

Zafrul dalam masa yang sama turut berkata kerajaan akan sentiasa berada di belakang rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan dan menyuntik semangat buat rakyat terus berjuang dalam perniagaan masing-masing.

Di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini akan kekal kukuh. Dengan petunjuk ekonomi yang terus menyokong trend pertumbuhan, unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK 2022 telah disemak semula kepada antara 6.5 hingga 7%.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi ucapan di Karnival Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia.

Zafrul bagaimanapun memberitahu bahawa tinjauan ekonomi menganggarkan tahun hadapan (2023) akan lebih mencabar dek konflik geopolitik yang berlarutan, tekanan inflasi global, serta prospek pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Malaysia tidak boleh lari daripada persekitaran global yang kian mencabar. Malah, kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun hadapan juga dijangka lebih rendah dari tahun ini.


Bajet 2023 Berpandukan 3R: Responsive, Responsible & Reformis.

Zafrul turut berkata bahawa dari sudut responsif, bajet ini sememangnya satu berita baik buat usahawan semua. Bagi merancakkan dan membina daya tahan sektor perniagaan, kerajaan telah mencadangkan untuk menambahbaik program SemarakNiaga dengan nilai keseluruhannya kini berjumlah RM45 bilion.

Sejumlah RM1.7 bilion daripadanya tersedia khas sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil.

BACA JUGA: Bajet 2023: Ini Antara Senarai Inisiatif & Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat Malaysia

Selain itu, kerana kita mendengar, dan kita tahu, pasca pandemik, masih ada peniaga kecil yang sukar bangkit semula, Kerajaan juga bercadang memberikan geran one-off sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat PMKS berdaftar. Lebih kurang 1 juta perniagaan bakal menerima manfaat  ini dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi ucapan di Karnival Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia.

Pihak kerajaan dalam masa yang sama turut mencadangkan agar kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan  daripada 17% kepada 15%. Ini dijangka memberi penjimatan sehingga RM2,000 kepada sejumlah 150,000 PMKS.

Kepada para usahawan yang berada di hadapan saya, apabila tiba waktu Bajet 2023 dilaksanakan, rebutlah peluang-peluang yang disediakan oleh  Kerajaan ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi ucapan di Karnival Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyampaikan bantuan pembiayaan setelah merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM) Negeri Selangor hari ini (20 Oktober).

Karnival anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Kementerian Kewangan (MoF) ini bertujuan menyampaikan maklumat berhubung perkhidmatan keusahawanan melalui pameran agensi-agensi Kerajaan kepada usahawan dan komuniti setempat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd