Now Reading
[Video] Perlu Ke Pelajar Buat Pelaburan Dari Sekarang? Ini Pandangan Pakar Kewangan

[Video] Perlu Ke Pelajar Buat Pelaburan Dari Sekarang? Ini Pandangan Pakar Kewangan

Menurut Faiz Azmi, ramai di kalangan pelajar yang sudah mendapat kesedaran tentang kepentingan simpanan wang. Tetapi berbaloi ke untuk melabur duit mereka yang terhad itu?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kini, kita boleh lihat semakin banyak konten kesedaran di platform media sosial mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang baik. Namun tidak semua individu berpeluang untuk menyimpan duit dalam skala besar.

Sebagai contoh mudah golongan pelajar kerana sumber kewangan mereka adalah terhad melainkan mereka mempunyai pekerjaan sampingan sepanjang tempoh pengajian.

Namun mungkin ada juga segelintir pelajar tetap bertekad mahu menabung meskipun dengan jumlah wang yang sedikit kerana bagi mereka, simpanan itu penting untuk kegunaan masa hadapan.

Baca Artikel Berkaitan: ‘RM9 Sekali Makan, Sebulan?’ – Pensyarah Dedah Ada Pelajar Ikat Perut Kerana Makanan Mahal [Video]

Konten Pengurusan Kewangan Buatkan Pelajar Semangat Untuk Buat Simpanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@financialfaiz) apabila pakar kewangan, Faiz Azmi berkongsi pandangannya tentang para pelajar yang mahu membuat simpanan kewangan semasa mereka masih melanjutkan pelajaran.

Menurutnya, ramai di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan simpanan duit di usia muda.

“Mungkin disebabkan latar belakang keluarga yang susah jadi membuatkan dia untuk tahu benda-benda ni. Ataupun dia suka tengok video tentang kewangan atau pelaburan. Baguslah tiada masalah,” kata Faiz yang popular dengan laman Financial Faiz.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tambah Hutang, Dunia Sedang Berubah Drastik” – Lelaki Ini Beri 10 Tips Urus Kewangan

Lebih Baik Beri Fokus Lebih Kepada Pembelajaran Berbanding Lakukan Pelaburan Wang

Namun pada pandangannya, para pelajar harus memberi tumpuan yang lebih kepada pembelajaran. Dalam masa sama, mereka wajar melabur masa serta usaha bagi menempatkan diri dalam pekerjaan yang setanding dengan dengan hasil usaha mereka.

“Bila dah graduasi nanti insya-Allah akan ada kerja yang bagus dengan gaji yang tinggi. Waktu itulah kamu pulun cari duit banyak-banyak kemudian melabur guna duit yang banyak itu,” ulasnya.

Jika Nak Buat Pelaburan Pilih Yang Berisiko Rendah, Lebih Baik Melabur Pada Networking

Pun begitu, jika ada pelajar yang masih mahu membuat pelaburan, anda disarankan untuk menyimpan di tempat dengan risiko rendah dan senang dikeluarkan.

“Kalau ada duit lebih, bukan nak kata jangan invest tapi kamu pelajar perlukan duit tu. Kamu tak ada gaji pun. Duit yang kamu dapat hanyalah daripada elaun. Jadi gunakan duit tu letak dalam simpanan di tempat-tempat yang risiko dia rendah.

“Lepas tu cari tempat yang ada liquidity (boleh diakses) supaya boleh pakai duit tu bila-bila masa. Kalau ada program-program, guna duit tu dan melabur kepada percampuran dan pergaulan (networking) kamu bersama rakan-rakan, serta bina hubungan. Di situlah kamu patut labur masa, usaha dan wang,” tambahnya lagi.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Nak Melabur Tapi Tak Tahu Di Mana? Jom Cuba Aplikasi-aplikasi Ini

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Tips Jana Duit Secara Pasif. Senang Je!

Duit Sikit Tak Berbaloi Untuk Dilabur

Tegasnya, tidak salah untuk menyimpan tetapi jangan sesekali sehingga perlu mengikat perut masing-masing untuk tujuan tersebut. Malah sebagai seorang pelajar, tanggungjawab utama anda adalah untuk menimba ilmu.

“Sebagai pelajar berapa banyaklah kamu boleh invest? Setakat RM200 sebulan? Tak payah. Labur pada diri sendiri.

“Lepas dah dapat kerja besar-besar, gaji kamu dah RM3,000, RM4,000 atau RM5,000 kamu boleh melabur sebulan RM1,000, RM2,000 dan lebih barulah berbaloi untuk teliti pasaran dan pilih instrumen pelaburan.”

@financialfaiz

Perlu ke student menyimpan? Bagi korang yang masih belajar tu, ada perkara yang kamu perlu beri perhatian terlebih dahulu. Boleh untuk menyimpan, tapi jangan sampai ganggu korang nak belajar. #financialfaiz #student #simpanan #investment #university

♬ original sound – Financial Faiz

Tonton video penuh [DI SINI].

Tips Urus Kewangan Bagi Para Pelajar Untuk Elak Wang Anda Lebur

Buat para pelajar yang pernah berdepan situasi perlu mengikat perut akibat masalah kewangan di sini kami kongsikan beberapa tips berguna untuk menguruskan duit anda:

  1. Asingkan duit perbelanjaan mengikut kategori sebagai contoh duit makan, buku, pengangkutan, dobi dan sebagainya.
  2. Gunakan kelebihan kad diskaun pelajar
  3. Membeli barangan terpakai (preloved)
  4. Simpan baki perbelanjaan bulanan
  5. Pelan makanan harian sebagai contoh memasak di rumah sewa jika kosnya lebih murah berbanding membeli juadah di kedai makan
  6. Jana duit tambahan melalui kerja sampingan jika tidak begitu sibuk
  7. Tetapkan had perbelanjaan harian
  8. Asingkan wang simpanan kecemasan
Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Tips Uruskan Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Melangkah Ke Alam Pekerjaan

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] 6 Tips ‘Sorok’ Duit Supaya Tak Sesak Hujung Bulan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd