Now Reading
Jangan Harapkan KWSP Je! Pakar Kewangan Kongsi Sumber Income Ketika Bersara

Jangan Harapkan KWSP Je! Pakar Kewangan Kongsi Sumber Income Ketika Bersara

Menurut perancang kewangan Dr Adam Zubir, ramai yang mahu hidup senang ketika di fasa persaraan tetapi tidak mempunyai perancangan untuk membuat simpanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang anda tahu, caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berfungsi sebagai tabung simpanan utama bagi memastikan rakyat mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.

Bagaimanapun, Bank Dunia baru-baru ini mencadangkan agar Malaysia menaikkan had usia pengeluaran penuh KWSP sekurang-kurangnya kepada 65 tahun supaya dapat menyesuaikan dasar persaraan dengan peningkatan jangka hayat sihat penduduk tempatan.

Penetapan usia 55 tahun sebagai waktu pengeluaran simpanan dikatakan terlalu awal dan berisiko menyebabkan wang persaraan tidak bertahan lama.

Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Umur Pengeluaran KWSP Dinaikkan Kepada 65 Tahun Undang Pelbagai Reaksi

Ramai Hanya Harapkan KWSP Untuk Kegunaan Selepas Bersara

Perkara ini turut dipersetujui Perancang Kewangan Berlesen bawah Bank Negara Malaysia, Dr Adam Zubir. Jelasnya, ramai kini berhasrat untuk mencapai kebebasan kewangan (financial freedom) dan bersara pada usia muda tanpa sebarang perancangan.

Katanya, ramai yang hanya mengharapkan duit KWSP.

“Ramai masyarakat di Malaysia ini, duit simpanan KWSP tak cukup pun nak menampung kos persaraan ketika bersara nanti. Jumlah ini belum masuk lagi inflasi iaitu kos kenaikan harga barang,” kongsinya.

Sumber: Malay Mail

Dr Adam percaya bahawa kos sara hidup, barangan, pelancongan akan meningkat dalam masa 30 tahun daripada sekarang. Oleh disebabkan itu, penting bagi setiap individu merancang persaraan pada usia muda.

Menerusi hantaran di laman YouTube, pakar kewangan ini telah berkongsi tiga jenis sumber pendapatan utama yang boleh dilakukan bermula daripada sekarang. Antaranya:

#1. Melalui Dividen

Sumber pendapatan selepas bersara yang pertama adalah dividen daripada hasil pelaburan saham. Jelasnya, pelbagai jenis pelaburan saham di pasaran yang menawarkan dividen tahunan sebanyak 8-10%.

Bagaimanapun sebelum mengambil apa-apa langkah, anda perlu mempunyai ilmu yang mencukupi terlebih dahulu mengenai pelaburan.

“Anda perlu ada ilmu, kemahiran dan perlu tahu bila nak melabur dan bila nak keluar. Kalau tak habis, duit anda ikutlah pergerakan saham yang naik dan turun seperti zigzag. Bukannya naik (untung) je memanjang,” katanya.

Sumber: Pexels

Antara kebaikan dividen yang lain adalah sesetengah syarikat mengumumkan pemberian sebanyak 2-4 kali setahun pada bulan yang berbeza.

“Satu-satunya perkara perlu tahu tentang dividen ini adalah ia satu bentuk pelaburan. Duit pulangan yang anda dapat bergantung kepada saiz modal. Pada akhirnya, adakah anda dah ada simpanan mencukupi atau tidak (untuk melabur)?” ulas Dr Adam.

#2. Perniagaan Online

Sumber pendapatan kedua yang boleh anda jana adalah melalui perniagaan dalam talian terutamanya bagi produk digital.

Apabila bercakap tentang bisnes, ramai yang akan terus terfikir untuk membuka premis F&B (food and beverages) atau melabur pada francais. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana bisnes yang memerlukan modal besar mempunyai risiko tinggi.

Antara pilihan terbaik yang dicadangkan Dr Adam adalah produk digital yang selari dengan perkembangan teknologi kini seperti mesin canggih dan kewujudan AI (kecerdasan buatan).

Baca Artikel Berkaitan: Fakulti AI Perlu Diwujudkan Di Semua Universiti Di Malaysia – Mohamad Fauzan

Sebagai contoh mengeluarkan e-book (buku digital), kursus online, template digital untuk kegunaan klien.

Sumber: Pexels

Dr Adam sendiri telah memperkenalkan Absorich, sebuah platform pembelajaran online yang membantu individu menambah ilmu dalam pengurusan kewangan serta pelaburan.

Antara kebaikan bisnes online produk digital ini adalah:

  • Mengurangkan kos inventori
  • Tidak perlu risau tentang kos produksi
  • Tidak memerlukan gudang
  • Tiada tarikh luput
  • Untung berlipat kali ganda
  • Boleh menjadi pendapatan pasif/semi-pasif
Sumber: Freepik
#2. Sewa Hartanah

Sumber pendapatan yang terakhir dikongsikan Dr Adam adalah sewa hartanah. Menurutnya, ia adalah sumber pendapatan yang stabil tetapi mempunyai risiko besar. Individu perlu memilih jenis hartanah yang betul dan berpotensi membawa keuntungan besar.

Risiko daripada sumber pendapatan sewa hartanah ini agak tinggi kerana ramai penyewa bergantung pada pinjaman bank atau berhutang bagi mendapatkan tanah.

Sumber: Pexels

“Kalau anda betul-betul nak menikmati pendapatan daripada sumber sewaan hartanah ini, (anda perlu tunggu) apabila anda sudah habis membayar semua hartanah pada usia persaraan nanti.

“Bila saya bersara, saya nak pastikan kalau saya tak buat apa-apa pekerjaan atau apa-apa bisnes, duit yang masuk secara pasif itu cukup untuk menampung kos perbelanjaan saya dan keluarga termasuklah kos untuk saya menikmati kehidupan.

“Apa gunanya tempuhi fasa persaraan tanpa kesenangan. Bagi saya itulah cara ideal untuk bersara,” ujar Dr Adam di akhir perkongsian.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kewangan Kongsi Lima Perkara Anda Perlu Lakukan Lepas Terima Gaji

Baca Artikel Berkaitan: Nak Kahwin Dalam Masa Setahun Tapi Duit Tak Cukup? Ini Tips Dari Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Terfikir Tak, Masalah Duit Bukan Sebab Gaji Tapi Mindset? Ini Penjelasan Dr Adam Zubir


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd