Si Kecil Tantrum Tanpa Sebab? Ini Pantang Larang Ketika Anak Meragam Ibu Ayah Perlu Take Note
Ada sesetengah ibu bapa terus meminta maaf kepada anak kecil apabila mereka sedang tantrum, tetapi adakah tindakan itu betul?
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti semua sedia maklum, setiap individu mempunyai perangai dan ragamnya tersendiri. Ini termasuklah anak kecil yang baru membesar. Sesetengah daripadanya senyap dan bersifat introvert.
Namun segelintir golongan ini pula kerap tantrum serta meragam. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor sebagai contoh, cuaca panas, tidak tahu cara meluahkan emosi, mahukan perhatian, tekanan dan sebagainya.
Ya, tantrum ini adalah satu keadaan yang normal dan si manja boleh meragam sehingga lapan kali seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa perlu mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ia berlaku agar kelakukan tersebut tidak dijadikan tabiat sehingga meningkat usia.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Asyik Meragam Ketika Cuaca Panas? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isu Budak Tantrum Dalam Feri, Doktor Sound Ada Lelaki Bagi ‘Tips’ Kasi Ubat Tidur Terkawal Pada Anak
Ini Senarai Pantang Larang Anak Tantrum Menurut Coach Parenting
Sebelum ini, seorang coach parenting, Fhais Salim (@fhaissalim) telah berkongsi beberapa pantang larang yang perlu diambil tahu oleh semua golongan ibu ayah di luar sana lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang membesarkan anak kecil mencecah umur 4 tahun.
Antaranya:
#1. Jangan ‘Reward’ Tantrum
Pernah tak anda dalam situasi di mana anak kecil merengek dan memberontak kerana tidak dapat barangan yang mereka mahukan? Sebagai contoh, si manja meminta anda untuk membeli sebuah permainan sewaktu singgah ke pusat membeli-belah.
Anak kecil anda kemudiannya menangis kerana tidak berjaya mendapatkan barangan tersebut. Segelintir ibu ayah akhirnya akan membeli permainan itu kerana mahu anak senyap dan berhenti meragam.
Bagaimanapun menurut Fhais, tindakan itu sepatutnya dielakkan kerana anak akan fikir bahawa anda memberi ganjaran terhadap tantrum mereka.

Sumber: Pexels
#2. Tanya Kenapa Anak Tantrum
Memang tidak dapat dinafikan, situasi anak yang menangis secara tiba-tiba boleh membuatkan ibu bapa panik terutamanya ketika di majlis keramaian atau di khalayak ramai.
Namun perlu diingatkan untuk tidak bertanya kepada si kecil mengapa mereka tantrum pada ketika itu. Hal ini kerana, anak akan memberi respon yang kurang baik akibat emosi tidak stabil.
Bertanya soalan sedemikian berkemungkinan menyebabkan si kecil lebih tantrum dan tidak menyelesaikan masalah.

Sumber: Pexels
#3. Jerit Pada Anak Semasa Sedang Tantrum
Kes anak yang sering tantrum bukan sahaja membuatkan emosi si kecil sahaja yang terganggu malah ibu bapa juga tidak terkecuali.
Kadangkala penjaga ini boleh hilang sabar sehingga menyebabkan mereka secara tidak sengaja menjerit kepada anak yang sedang meragam. Jelas Fhais, perbuatan tersebut boleh memberi kesan secara langsung terhadap perkembangan emosi (EQ) mereka.
Sebagai contoh hubungan dengan ibu bapa akan renggang atau si manja akan mudah rasa takut serta cemas.

Sumber: PsychAlive
#4. Tinggalkan Anak Sendirian
Dalam sesetengah situasi, anak kecil akan bertambah tantrum apabila dilayan. Oleh disebabkan itu, ada ibu bapa yang akan membiarkan mereka tenang dengan sendiri.
Namun menurut coach parenting itu, anda tidak boleh mengabaikan si kecil yang sedang tantrum dalam tempoh masa lama. Hal ini kerana mereka tidak tahu cara tepat untuk tenangkan diri sendiri.
Selain itu, jangan sesekali tinggalkan si manja bersendirian kerana bimbang mereka melakukan sesuatu yang berbahaya.

Sumber: Pexels
#5. Tegur Anak Ketika Mereka Sedang Tantrum
Seperti yang semua tahu, penting bagi setiap anak dididik dari kecil. Bagaimanapun, anda perlu memilih masa yang sesuai bagi melakukan perkara tersebut.
Segelintir ibu bapa menegur anak tentang kesilapan dilakukan apabila mereka sedang tantrum. Kebiasaannya, si kecil akan tidak mendengar kata pada saat ini.
“Ya anak perlu dijelaskan kenapa tak boleh dan apa kesilapan dia, tetapi bukan ketika dia tantrum. Wrong timing tu,” jelasnya.

Sumber: Pexels
#6. Terus Pujuk Anak
Anak menangis atau merengek bukanlah satu situasi yang menyenangkan. Kadangkala, ibu ayah akan cepat rasa bersalah dan terus pujuk atau meminta maaf kepada si kecil apabila tantrum seolah-olah menunjukkan bahawa penjaga ini yang tersilap.
Bagaimanapun, tindakan tersebut hanya akan mendorong anak untuk kerap tantrum selepas ini.
“Tantrum berlaku pasti ada sebab. Ada salah dia. Kita nak didik dia. Biarkan dia tantrum sekali daripada dia tantrum terus sampai besar,” kata Fhais.

Sumber: Pexels
#7. Paksa Anak Diam
Memang betul, mendengar anak menangis tanpa henti boleh membuatkan ibu bapa ini penat. Lebih-lebih lagi apabila tidak tahu apa punca sebenarnya.
Meskipun begitu, jangan sesekali memaksa anak untuk diam. Sebaliknya memberikan mereka masa meluahkan perasaannya. Memaksa anak untuk diam secara serta-merta boleh membuatkan emosi mereka lebih terganggu.

Sumber: Freepik
Lihat hantaran penuh [DI SINI].
Jelas Fhais di ruangan kapsyen, tiada perkara yang negafif tentang kanak-kanak membesar yang tantrum.
Bagaimanapun jika ibu bapa lalai dan tidak mengatasinya dengan baik, ia akan mengundang kesan jangka panjang yang teruk terhadap kedua-dua pihak, anak dan juga penjaga.
Oleh disebabkan itu, jangan sesekali ambil mudah tentang perkara ini.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar
Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: “Kakaknya Yang Tak Sihat” – Doktor Kesal, Ibu Berang Anak Tak Dapat MC Kerana Enggan Ke Sekolah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



