Now Reading
Kucing Asyik Berak Depan Rumah? Guna 7 Bahan Ini Untuk Halau Si Bulus

Kucing Asyik Berak Depan Rumah? Guna 7 Bahan Ini Untuk Halau Si Bulus

Ada banyak cara yang anda boleh guna untuk menghalau kucing jalanan dari datang membuang najis di rumah anda dan salah satunya dengan menggunakan sabun pencuci baju dan lada hitam.

elak kucing berak depan rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan banyak juga rumah yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan. Setiap kali pergi beraya, mesti nampak ada kucing di rumah mereka.

Kata mereka, ada sesetengah kucing itu hanya datang singgah ke rumah untuk makan dan minum sahaja.

Tetapi ada juga segelintir kucing yang sesuka hati ‘membuang hajat’ di kawasan rumah mereka sehingga menyebabkan bau kurang senang. Penat juga kalau hari-hari kena basuh najis kucing di lantai.

Kalau tak perasan dan terpijak, memang istighfar terus ya.

Oleh disebabkan itu, terdapat segelintir individu tidak berhati perut yang sanggup bertindak kasar dengan kucing yang dijumpai mereka. Sampai ada yang tuang minyak panas dan tembak sehingga mati!

BACA JUGA: Kucing Peliharaan Disimbah Minyak Panas Dengan Jiran Sehingga Luka

BACA JUGA: Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati


Petua Untuk Halau Kucing & Elak Haiwan Ini Buang Najis Di Kawasan Rumah

Kalau anda berdepan masalah yang sama, jom kami kongsikan beberapa petua untuk mengelakkan kucing-kucing ini membuang najis di kawasan rumah anda. Senang je!

Antaranya:

1. Petua Elak Kucing Buang Najis Di Kawasan Rumah: Letak Air Merah Dalam Botol

Kucing Jalanan Suka Buang Najis Depan Rumah? Ini Petua Untuk Elak Masalah Berulang
Sumber: PropertyGuru

Kalau anda perasan, banyak rumah dan kawasan kedai yang meletakkan botol berisi air berwarna merah di sekitar mereka bertujuan untuk menghalau kucing. Katanya kucing takut dengan warna merah. Betul atau tidak, wallahualam.

Nak guna petua ini, senang je. Anda cuma perlukan botol kosong dan pewarna merah. Nak guna kordial sirap pun boleh, tak ada masalah.

2. Petua Elak Kucing Buang Najis Di Kawasan Rumah: Siram Minyak Tanah

Kucing Jalanan Suka Buang Najis Depan Rumah? Ini Petua Untuk Elak Masalah Berulang
Sumber: Shopee

Kalau anda okey dengan bau minyak tanah, boleh juga guna petua ini untuk mengelakkan rumah didatangi kucing. Caranya hanya dengan menuangkan minyak tanah.

Tapi, tuang di kawasan berumput atau tanah sahaja ya. Jangan pula tuang atas lantai, takut licin dan ada yang terjatuh pula nanti.

3. Petua Elak Kucing Buang Najis Di Kawasan Rumah: Ubat Gegat

Sumber: Aerill

Selain boleh digunakan untuk menghalau lipas dan serangga kecil, ubat gegat juga dikatakan tidak digemari oleh kucing.

Bolehlah cuba taburkan ubat gegat di kawasan luar rumah untuk mengelakkan tetamu tidak diundang datang ke kediaman anda.

Kepada anda yang ada anak kecil, lebih baik letakkan ubat gegat di kawasan tersorok kerana bimbang jika mereka menyangka ia sebagai gula-gula.

4. Petua Elak Kucing Buang Najis Di Kawasan Rumah: Serbuk Pencuci Baju

Sumber: Niralbi

Siapa sangka serbuk pencuci baju pun boleh digunakan untuk menghalau kucing dari buang najis di rumah anda.

Caranya adalah dengan menabur serbuk pencuci baju di kawasan yang tidak terdedah dengan air supaya lantai tidak menjadi licin.

Sebaik-baiknya, tabur serbuk itu pada waktu tengah hari bagi mengelakkan ia tidak berterbangan dan hilang keberkesanan untuk menghalau kucing yang datang ke rumah.

5. Petua Elak Kucing Buang Najis Di Kawasan Rumah: Lada Hitam

Sumber: Kedai Ku/ Roots of Science

Cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan membuat air semburan menggunakan lada hitam dengan cara mendidihkan air dan memasukkan satu atau dua sudu besar lada hitam.

Air semburan ini dipercayai boleh memberikan rasa pedih dan menyebabkan kucing-kucing tidak suka untuk mendekati kawasan yang mempunyai air semburan lada hitam ini.

6. Petua Elak Kucing Buang Najis Di Kawasan Rumah: Minyak Goreng Ikan

Sumber: RASA

Kebanyakan kucing memang suka hidangan ikan. Kalau goreng keropok lekor yang berasaskan ikan pun mereka akan meminta-minta.

Jadi apa kena mengena ikan dengan petua untuk menghalau kucing daripada membuang najis di rumah?

Tahu tak, anda juga boleh menyiram minyak bekas menggoreng ikan di sekitar kawasan rumah untuk mengelakkan kucing daripada ‘membuang’.

Petua ini digunakan kerana kucing dikatakan tidak akan membuang najis di tempat yang mempunyai bau makanan.

7. Petua Elak Kucing Buang Najis Di Kawasan Rumah: Air Cuka

Sumber: Megapolitan

Campuran air dan cuka di dalam botol semburan juga boleh digunakan untuk menghalau kucing daripada membuang najis di rumah anda.

Tapi kalau anda tak tak mahu kawasan rumah dikelilingi bau cuka yang agak masam, boleh juga campurkan dengan beberapa titik sabun cecair atau pelembut pakaian untuk bagi wangi sikit.

Harap-harapnya perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana untuk mengatasi masalah ini. Jadi atau tidak, tak apa kita cuba dulu okey?


Tahukah Anda, Kucing Sebenarnya Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili?

Menurut satu kajian yang dilakukan , bunga lili mempunyai racun yang boleh menyebabkan kucing mengalami kerosakan pada buah pinggang sehingga berisiko untuk membawa maut!

Daripada bunga, daun, dahan dan debunga, semuanya berbahaya.

Sebelum ini, pernah berlaku kes di mana kucing peliharaan seseorang terpaksa dimasukkan ke wad hospital selepas terhidu bau bunga lili di rumah.

Jadi kepada anda di luar sana yang membela kucing, jauhkan mereka daripada bunga lili okey? Jika mereka terbau atau terjilat daun walaupun sekejap, cepat-cepat bawa mereka ke klinik haiwan.

BACA JUGA: Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!

BACA JUGA: Kenapa Kucing Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili? Ini Sebabnya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd