Now Reading
“Lebih Baik Dari 1,000 Malam” – Kelebihan Malam Lailatul Qadar Menurut Islam & Tanda-tandanya

“Lebih Baik Dari 1,000 Malam” – Kelebihan Malam Lailatul Qadar Menurut Islam & Tanda-tandanya

Pendapat ulama mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir Ramadan iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

"Lebih Baik Dari 1,00 Malam" - Kelebihan Malam Lailatul Qadar Menurut Islam & Tanda-tandanya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana segala amal ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Lebih istimewa lagi, bulan Ramadan mempunyai satu malam iaitu malam Lailatul Qadar yang sangat bermakna dan kemuliannya lebih baik daripada seribu bulan.

Surah al-Qadr ayat 1 – 3 menyebut:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda: Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sumber: CNN Indonesia

Ada juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

Namun untuk berlakunya malam Lailatul Qadar itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila masanya dan kepada siapa dalam kalangan hamba-hambaNya yang dikehendaki.

Ketika mengejar malam Lailatul Qadar, umat Islam digalakkan untuk berdoa kerana Allah SWT tidak akan menolak doa-doa itu.

BACA JUGA: [Video] Layak Ke Pendosa Jumpa Lailatul Qadar? Ini Jawapan Ustaz Don Daniyal Yang Harus Anda Tahu


Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang paling dikejar oleh umat Islam pada 10 Ramadan terakhir kerana mempunyai kelebihan yang tiada pada malam-malam yang lain.

Antara kelebihan malam Lailatul Qadar adalah:

  • Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Allah SWT.
  • Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.
  • Diampunkan segala dosa.

Umat Islam yang mengabaikan keistimewaan Lailatul Qadar ini agak rugi kerana inilah peluang terbaik anda untuk mendapatkan pengampunan dan berdoa serta meminta apa sahaja hajat untuk ditunaikan oleh Allah SWT.


Doa-doa Yang Boleh Dibaca Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Berikut merupakan panduan doa-doa yang boleh dibaca sepanjang pencarian malam yang mulia ini:

Doa Mencari Lailatul Qadar – Pengampunan Dosa.

  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa diri sendiri.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa ibu bapa.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa pasangan.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa anak-anak.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa keluarga (sanak saudara, adik-beradik, dan lain-lain).
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa guru, ustaz, ustazah.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa muslimin dan muslimat (sama ada yang masih hidup ataupun yang telah menghadap Ilahi.

Doa Mencari Lailatul Qadar – Urusan Ketika Kematian.

  • Memohon agar dimatikan dalam Husnol Khotimah.
  • Memohon agar mati dijauhkan daripada fitnah.
  • Memohon agar dapat mengucap syahadah ‘Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah…’.
  • Meminta agar mati ketika sedang beribadah.

Doa Mencari Lailatul Qadar – Keperluan Masa Kehidupan.

  • Dimurahkan rezeki.
  • Diberikan sakinah (ketenangan) dalam keluarga.
  • Semoga anak-anak dipelihara oleh Allah SWT.
  • Meminta untuk diberkati segala rezeki.
  • Dijauhkan daripada musibah, bala, bencana, serta penyakit.

BACA JUGA: Ingin Kejar Malam Lailatul Qadar? Ini Antara Doa-doa Yang Boleh Dibaca Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan

Sumber: Syahida.com

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar berlaku pada 10 hari terakhir bulan Ramadan pada malam ganjil. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Terdapat beberapa petanda bagi menentukan malam Lailatul Qadar berdasarkan pendapat. Antaranya:

  • Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan.
    • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”
  • Imam Syafie, Imam Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berpendapat malam Lailatul Qadar jatuh pada 23 Ramadan.
    • Berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلَاثَ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

  • Antara pendapat lain Imam Syafie adalah malam Lailatul Qadar berlaku pada 21 Ramadan.

Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُطْلُبُوهَا لَيْلَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ مِنْ رَمَضَانِ وَلَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِيْنَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثِ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.” (Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi)

  • Hadis Ibn Abbas berpendapat bahawa malam Lailatul Qadar jatuh pada 24 Ramadan.
    • Berdasarkan sabda Baginda SAW:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.”

  • Hadis Muawiyah RA pula menyatakan pandangan bahawa malam Lailatul Qadar berlaku pada malam terakhir Ramadan.

Nabi SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.” (Riwayat Ibn Nasr).


Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar untuk Ramadan tahun ini.

Selamat beribadah semua!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd